Analisis kawasan, potensi unit hartanah sebelum buat pelaburan


Abstract

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan kedudukan semasa ekonomi negara yang mula menampakkan trend pemulihan selepas dibadai pandemik COVID-19. Walaupun proses pemulihan tidaklah menunjukkan perubahan ketara terhadap semua sektor dan industri, ia sedikit sebanyak memberikan kelegaan untuk bernafas buat semua pemain industri terutama industri pelaburan hartanah. Umum mengetahui, sejak pandemik menular Mac tahun lalu, industri hartanah antara yang menerima tempiasnya. Harga rumah turun ke paras yang boleh dikatakan rendah, susutnya penjualan hartanah serta pelabur hartanah mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam proses jual beli hartanah. Ini antara kesan dapat dilihat bukan sahaja membabitkan syarikat, pelabur dan pemain hartanah, malah turut memberi kesan kepada masyarakat yang baru berjinak-jinak dalam mempelajari pelaburan ini.

[thumbnail of PB2021119931.pdf] Text
PB2021119931.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (239kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 330 Economics
Campuses: Perak > Tapah Campus
Newspaper: Berita Harian
Date: 19 April 2021
Depositing User: Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record