Kewajipan patuh kepada fatwa


Abstract

SATU fatwa di Selangor yang diwartakan pada 31 Julai 2014 menganggap bahawa Sis Forum (Malaysia) atau lebih dikenali dengan Sisters in Islam berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama dianggap sesat dan menyeleweng daripada agama Islam. Di samping menyebut dengan jelas pertubuhan SIS Forum, fatwa itu juga meliputi mana-mana individu, pertubuhan dan institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme. SIS Forum dalam reaksi marah akan memfailkan semakan kehakiman ke atas fatwa yang dikeluarkan, antara lain ia mencabar fatwa itu yang dianggap mencabuli hak kebebasan memberi pendapat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Persoalan yang sering ditanya apakah kedudukan sesuatu fatwa di sisi undang-undang? Apakah sesuatu fatwa wajib dipatuhi? Apakah sesuatu fatwa boleh dicabar di mahkamah? Dan apakah kedudukan seseorang Islam yang mencabar fatwa yang dikeluarkan? Perlu dijelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara memberi kuasa kepada negeri-negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal agama Islam (Jadual Kesembilan, Senarai I (Butiran 4k) dan Senarai II Senarai Negeri (Butiran 1). Ini sesuai dengan kedudukan Sultan-sultan sebagai ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang beraja, dan Yang di-pertuan Agong (YDPA) bagi negeri-negeri yang tidak beraja (Perkara 42 (10)).

[thumbnail of PB2014082388.pdf] Text
PB2014082388.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (107kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 200 Religion
Campuses: Kelantan > Machang Campus
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 11 November 2014
Depositing User: Mustazim Bin Mustapa (Machang)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record