Politik banjir dan permainan media sosial


Abstract

NEGARA dikejutkan dengan tragedi bencana banjir luar jangkaan yang berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang, di samping beberapa kawasan di Perlis, Perak dan Negeri Sembilan serta Johor. Tragedi yang dianggap terburuk dalam tempoh 30 tahun ini menyebabkan ramai mangsa tidak dapat ditempatkan di pusat-pusat pemindahan. Malah ramai yang tersadai, lari ke kawasan bukit dan terputus hubungan darat. Segalanya berlaku tanpa diduga sehinggakan pusat penempatan banjir yang dianggap selamat turut ditenggelami air. Ini merupakan dugaan Tuhan kepada umatnya. Persoalannya, di sebalik takdir dan ketentuan Ilahi, wujud segelintir kumpulan yang sengaja mengaut laba dek bencana banjir ini. Mereka ini menggunakan kuasa media sosial untuk menabur fitnah dan menuding jari kepada pihak pemerintah kononnya gagal menangani musibah ini.

[thumbnail of PB2014079762.pdf] Text
PB2014079762.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (274kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 900 History & geography
Campuses: Kelantan > Machang Campus
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 13 December 2014
Depositing User: Che Hasnan bin Che Idris (Machang)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record