Wakaf kesihatan bantu atasi isu kenaikan kos perubatan


Abstract

KENAIKAN kos rawatan kesihatan dan pertambahan penduduk menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan tinggi, sekali gus memberikan cabaran kepada sistem kesihatan negara untuk mencari penyelesaian seimbang antara keperluan kewangan dengan kebajikan pesakit.

Hal itu turut menjadi tumpuan dalam Kertas Putih Kesihatan termasuk cadangan mengkaji dan menyemak semula struktur fi rendah di klinik, hospital serta fasiliti berkaitan.

Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) wajar memanfaatkan wakaf kesihatan yang dapat dilakukan melalui kerjasama dengan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) seperti konsep wakaf air.

Sebenarnya, YWM sudah mewujudkan Sijil Wakaf Tunai Kesihatan, iaitu kutipan daripada orang ramai akan dilaburkan, manakala pulangan manfaatnya akan digunakan untuk membiayai aktiviti kebajikan berkaitan kesihatan.

[thumbnail of PB2023005027.png] Image
PB2023005027.png - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (1MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 370 Education
Campuses: Perak
Perak > Seri Iskandar Campus
Newspaper: Berita Harian
Date: 28 July 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record