Tekad murni jamin bahagia


Abstract

Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil langkah drastik melihat keperluan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan dilihat satu tekad murni.

Ia bakal menjadi satu kebanggaan dan lebih bermakna bagi penjawat awam dan pesara, jika ia berjaya direalisasikan.

Bukan itu sahaja, ia boleh dilihat sebagai anjakan luar biasa dan tekad ini menjadi keutamaan Anwar bagi menghargai pengorbanan penjawat awam yang sedang berkhidmat mahupun bersara, khususnya bagi kumpulan sokongan mahupun kumpulan pengurusan profesional memandangkan kumpulan ini majoritinya dalam kalangan B40 dan M40.

Bagi memastikan kehidupan dan kebajikan penjawat awam dan pesara terjamin pada masa depan, adalah lebih baik mekanisme dan struktur gaji penjawat awam diberikan perhatian serius memandangkan negara berdepan tantangan ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Mungkin ia tidak sukar apabila menyaksikan usaha kepemimpinan negara berjaya membawa masuk pelaburan tinggi tahun ini. Ia sekurang-kurangnya membolehkan penjawat awam dan pesara kerajaan menikmati berita gembira terhadap pengumuman Kerajaan Perpaduan untuk menambahbaik keperluan mereka.

Hakikatnya, kejayaan kerajaan menarik lebih banyak pelaburan luar negara bukan saja membantu memulihkan ekonomi negara, malah, dapat menyelesaikan banyak isu rakyat dan ia menampakkan usaha kepemimpinan negara memartabatkan harakat dan darjat insan termasuk penjawat awam dan pesara kerajaan.

[thumbnail of PB2023006233.pdf] Text
PB2023006233.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (492kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
Campuses: Perlis
Perlis > Arau Campus
Divisions: Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Newspaper: Harian Metro
Date: 24 July 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record