Perkemas kaedah kendali ibu bapa tidak puas hati


Abstract

Baru-baru ini, tular di media sosial berkaitan pelbagai masalah melibatkan ketidakpuasan hati ibu bapa terhadap tindakan pihak sekolah yang dilihat gagal menangani beberapa isu sehingga membawa kepada laporan polis dan tindakan mahkamah.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mewujudkan satu kerangka dasar bagi memastikan kepimpinan semua peringkat di sekolah, pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) memperkemaskan jalinan kerjasama dengan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Perkara pertama perlu diperkemaskan ialah kepemimpinan sekolah perlu menangani isu ketidakpuasan hati ibu bapa dengan cara mengikut etika profesionalisme keguruan.

Jika sesuatu isu gagal ditangani maka kepemimpinan sekolah perlu merujuk kepada PPD atau JPN bagi mendapatkan pandangan serta mencari jalan penyelesaian yang baik.

Kepemimpinan di peringkat PPD dan JPN pula perlu mempunyai pegawai perhubungan awam yang mempunyai kepakaran dalam menyelesaikan sesuatu isu.

[thumbnail of PB2023004673.pdf] Text
PB2023004673.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (574kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 370 Education
Campuses: Perlis
Divisions: Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 8 June 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record