Slapstik dalam tradisi sinema


Abstract

Komedi sering dianggap antara genre yang paling rendah nilai dan reputasinya sedangkan ia merupakan payung' genre yang luas ruang lingkupnya. Di bawahnya terdapat pelbagai bentuk dan. pendekatan komedi, subgenre dan percampuran elemen genre lain. Secara sejarahnya, bentuk komedi terawal bagi sinema (era filem bisu) adalah slapstik, satu subgenre yang menyerlahkan komedi secara fizikal dan merupakan stail atau mod lelucon yang dilebih-lebihkan. Filem-filem berbentuk slapstik seringkali berorientasikan persembahan dan terdiri dari pembentukan naratif yang diadun dan digabung jalinkan dengan siri-siri jenaka, lelucon, aksi kejar-mengejar, pratfall, dan pelbagai lagi. Secara ideologinya, slapstik melibatkan unsur-unsur penyimpangan, perlanggaran dan penolakan terhadap hirarki dan keteraturan sosial.

[thumbnail of PB2019101533.pdf] Text
PB2019101533.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (1MB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record