PN dijangka manipulasi isu untuk menang


Abstract

SELEPAS terbentuknya kerajaan perpaduan hampir lapan bulan, kini sekali lagi tumpuan seluruh rakyat kepada pilihan raya negeri (PRN) bagi enam negeri yang bakal diadakan secara serentak pada 12 Ogos nanti.

Ramai pemerhati politik membayangkan PRN ini akan menjadi medan untuk rakyat menyatakan pendirian terhadap gabungan kerajaan perpaduan, jajaran baharu politik yang tidak pernah di­fikirkan berlaku.

Ia juga akan menjadi medan menilai prestasi Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Adakah akan berlaku pemulihan mandat sokongan terhadap UMNO atau menjadi lebih teruk lagi? Selain itu, mampukah arus gelombang hijau Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 diterjemahkan sekali lagi pada PRN kali ini?

Ramai berpandangan, pertembungan sengit antara gabungan kerajaan perpaduan dengan PN berlaku di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

[thumbnail of PB2023005962.pdf] Text
PB2023005962.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (1MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Perlis
Perlis > Arau Campus
Divisions: Faculties > Accountancy
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 17 July 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record