Abstract
SAUDARA PENGARANG,
BULI kini dilihat sebagai manifestasi kepada keadaan kesihatan mental pelaku. Walaupun kesan negatif buli terhadap mangsa kerap menjadi tumpuan, penting untuk kita selidik faktor psikologi mendorong tingkah laku berbahaya ini.
Antara faktor penyumbang kepada buli ialah persekitaran keluarga yang tidak kondusif. Kanak-kanak dibesarkan dalam persekitaran kurang sokongan emosi, disiplin yang tidak konsisten atau tingkah laku agresif yang dinormalisasikan.
Kanak-kanak ini mungkin menggunakan buli sebagai cara untuk beradaptasi, mengawal atau mendapatkan perhatian keluarga atau orang sekeliling.
Tekanan rakan sebaya, hierarki sosial, dan keinginan untuk diterima boleh memainkan peranan penting dalam memupuk budaya buli.
Individu yang bergelut dengan harga diri yang rendah atau keperluan untuk diterima boleh menggunakan buli sebagai cara mendapatkan kuasa dan meningkatkan imej diri mereka.
PB2023004195.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (433kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 000 Computer science, information & general works 300 Social sciences 300 Social sciences > 370 Education |
Campuses: | Perak |
Divisions: | Faculties > Academy of Language Studies |
Newspaper: | Kosmo |
Date: | 29 May 2023 |
Depositing User: | Bahagian Sumber Bercetak 2 |