Berniaga penuh amanah demi keberkatan rezeki


Abstract

Peniaga Muslim wajib memelihara huquq (hak) pelanggan seperti hak Muslim atas saudara Muslim yang lain. Pelanggan sama seperti jiran yang saling bergantung antara satu sama lain, tanpa jiran maka siapalah kita. Begitulah halnya pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan kita melalui pembelian barang (atau servis) yang ditawarkan. Jika peniaga mengetahui pelanggan adalah aset paling penting, peniaga hendaklah menjaga dan menghormati hak pelanggan agar perniagaannya sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

Antara hak seorang pelanggan ialah mendapat kepuasan perkhidmatan. Pelanggan sebenarnya sanggup membeli barang yang mahal, namun dia tidak sanggup membeli barang yang rosak atau buruk. Contoh yang mudah, pelanggan boleh membayar nasi goreng kampung dengan harga RM15 sepinggan, tetapi dia akan kecewa apabila makanan berkenaan tidak sedap dan tiada kualiti kerana barang (makanan) diperolehnya itu tidak berbaloi dengan harga dibayar. Kepuasan pelanggan dalam apa jua bentuk barangan (produk atau servis) yang diterima adalah salah satu hak pelanggan yang wajib dipenuhi oleh peniaga. Perniagaan daripada aspek Islam bukan hanya bertujuan keuntungan wang sahaja, tetapi keuntungan yang paling besar ialah apabila pelanggan mendapat manfaat daripada perniagaan kita seperti servis yang baik, makanan sedap dan barang bermutu.

[thumbnail of PB2023005766.jpg] Image
PB2023005766.jpg - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (220kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 200 Religion
Campuses: Shah Alam
Divisions: Faculties > Academy of Language Studies
Newspaper: Harian Metro
Date: 2 June 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record