Hidup tenang tanpa dibelenggu hutang


Abstract

Islam menganjurkan supaya setiap Muslim sentiasa mengurus perbelanjaan secara bijak dan berhemah. Ini bertujuan memastikan kehidupan seharian mereka tenang tanpa dibebani dengan hutang dan pembaziran.

Kehidupan hari ini dilihat kian mendesak apabila kos sara hidup semakin meningkat dan menjadi suatu beban bagi setiap orang. Namun, hal demikian dapat diatasi sekiranya setiap Muslim bijak berbelanja secara berhemah dan membuat perancangan kendiri untuk memastikan segala permasalahan berkaitan kos sara hidup dapat diselesaikan.

Jika perbelanjaan seorang melebihi pendapatan maka seharusnya langkah awal yang tegas perlu dipraktikkan melalui perbelanjaan berhemah. Ini bagi memastikan bahawa setiap Muslim tidak akan terbeban dengan perbelanjaan yang tidak bermanfaat dan membazir.

Selain itu, bagi memastikan perbelanjaan secara berhemah dapat diamalkan, setiap Muslim perlu mencari alternatif bagi mendapatkan pendapatan sampingan yang boleh menambah baik kehidupan seharian tanpa melalui jalan berhutang.

Sekiranya berhutang merupakan jalan yang perlu dilalui maka pastikan hutang tersebut tidak menjadi beban di kemudian hari. Berhutang hukumnya harus dan melangsaikannya adalah wajib.

[thumbnail of PB2023004153.pdf] Text
PB2023004153.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (355kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 370 Education
Campuses: Perlis
Perlis > Arau Campus
Divisions: Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 3 June 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record