Rumah terbuka Aidilfitri inspirasi jayakan Malaysia cemerlang


Abstract

Kemeriahan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri di beberapa negeri baru-baru ini adalah usaha yang baik bagi dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim.

Hal ini tidak perlu dilihat dalam konteks politik sebaliknya sebagai rakyat Malaysia ia adalah peluang untuk berinteraksi dengan pemimpin, tidak kira pada peringkat negeri atau Persekutuan.

Penganjuran rumah terbuka di beberapa negeri itu perlu dilihat sebagai pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam menyantuni rakyat. Inilah hakikat kemenangan sebenar umat Islam apabila selesai menyempurnakan ibadah
puasa pada Ramadan.

Apatah lagi kita melihat pelbagai lapisan masyarakat turut sama meraikan penganjuran majlis sebegitu. Masing-masing kelihatan teruja untuk bersalaman dan bergambar dengan barisan pemimpin negara. Hal ini tentu sahaja memberi inspirasi dan semangat untuk kita melangkah bersama menjayakan misi dan tekad kerajaan dalam membina Malaysia yang lebih cemerlang.

[thumbnail of PB2023003340.pdf] Text
PB2023003340.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (349kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 306 Culture & institutions
Campuses: Perlis
Divisions: Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Newspaper: Berita Harian
Date: 3 May 2023
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Edit Item Record
Edit Item Record