Abstract
Cadangan untuk menukar skim tetap dan berpencen kepada skim kontrak perkhidmatan awam mulai tahun hadapan telah mewujudkan perdebatan dan kerisauan. Kebanyakan penjawat awam merasakan seolah-olah perkhidmatan mereka kurang dihargai. Ada juga yang berpendapat bahawa tiada lagi jaminan untuk seseorang penjawat awam kekal dalam pekerjaan mereka.
Begitu juga wujud kerisauan sejauh mana dapat kita mengukur ketaatan dan komitmen penjawat awam jika mereka sekadar bekerja secara kontrak. Kenapa dan mengapa cadangan menukarkan skim tetap dan berpencen kepada kontrak ini ditimbulkan? Adakah selama ini penjawat awam tidak menunjukkan prestasi atau bertujuan untuk mengurangkan bebanan kerajaan kerana membayar pencen?Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, masa depan generasi muda dan bakal pewaris negara untuk berkhidmat dengan kerajaan dalam konteks Government the Nation tidak lagi menjadi keutamaan. Ini kerana khidmat negara ini adalah sesuatu yang amat penting kepada tunggak sesebuah kerajaan dan utuhnya pentadbiran kerajaan dan negara.
PB2019096802.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (103kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 360 Social problems & services; associations |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Faculties > Faculty of Communications & Media Studies |
Newspaper: | Sinar Harian |
Date: | 8 September 2019 |
Depositing User: | Naziraqh Azizan (Bertam) |