Laksana MSPO untuk sektor perladangan


Abstract

Malaysia merangka dan
melaksanakan pelbagai
langkah dalam memastikan
minyak dan produk sawit Malaysia
dihasilkan secara mampan.
Antaranya ialah menggalakkan
pelaksanaan beberapa skim pensijilan
yang menekankan aspekaspek
kemampanan dan amalan
pertanian baik memenuhi keperluan
dan kehendak masa kini.
Antara skim pensijilan itu ialah
Pensijilan Amalan Pertanian Baik
(GAP) MPOB bagi pekebun kecil
persendirian; Kod Amalan MPOB
(CoP); Persidangan Meja Bulat Minyak
Sawit Mampan (RSPO); Skim
Pensijilan Kemampanan dan Karbon
Antarabangsa (ISCC); dan
Piawaian Malaysia bagi Minyak
Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Pada masa ini, kesemua pensijilan
ini dilaksanakan secara sukarela
oleh pemain industri sawit
di Malaysia. Amalan skim pensijilan
ini sekali gus dapat menjamin
pengeluaran hasil sawit
yang lebih optimum, mampan,
selamat digunakan serta mesra
alam dan memenuhi keperluan
dan kehendak yang telah ditetapkan
dari negara luar.
Untuk rekod, sehingga kini sebanyak
126 premis atau 319,808
hektar ladang sawit di Malaysia
mempunyai sijil Kod Amalan
MPOB (CoP).
Jumlah ini dijangka bertambah
memandangkan kebanyakan pemain
industri sawit di Malaysia
mula sedar dan prihatin terhadap
kepentingan tentang pengeluaran
hasil sawit yang dihasilkan
secara mampan.
Usaha pelbagai pihak di Malaysia
dalam memastikan industri
sawit di negara ini menghasilkan
minyak dan produk sawit
secara mampan selari dengan keperluan
negara.
Pada September 2013 kerajaan
Malaysia memperkenalkan Piawaian
Malaysia bagi Minyak Sawit
Mampan Malaysia (MPSO)
MS2530:2013.
Piawaian ini dibangunkan atas
permintaan pihak berkepentingan
dan pemain industri sawit
Malaysia sebagai salah satu keperluan
yang perlu dipatuhi dalam
memenuhi keperluan dan
permintaan daripada negara luar
yang menggunakan minyak dan
produk sawit yang dihasilkan
oleh Malaysia.
MSPO ini juga membuktikan komitmen
kerajaan dan industri sawit
Malaysia terhadap pembangunan
industri sawit secara mampan
bagi menghasilkan minyak dan
produk sawit secara mampan untuk
mengekalkan pasaran minyak
dan lemak sedia ada di samping
menembusi pasaran baharu.
Empat bahagian piawaian
Pembangunan MSPO diterajui
oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia
dengan penyertaan oleh pihak
industri sawit, pihak berkepentingan,
badan kerajaan dan
juga badan bukan kerajaan
(NGO). Piawaian Malaysia ini
mempunyai empat bahagian seperti
berikut:
a) Bahagian Pertama: Prinsip
Am
b) Bahagian Kedua :Prinsipprinsip
Am untuk Pekebun Kecil
Persendirian
c) Bahagian Ketiga :Prinsipprinsip
Am untuk Perladangan
Sawit dan Pekebun Kecil Berkelomp
ok
d) Bahagian Keempat: Prinsipprinsip
Am untuk Kilang Sawit
Prinsip-prinsip am untuk Perladangan
Sawit dan Pekebun Kecil
Berkelompok Minyak Sawit
Mampan Malaysia (MSPO) Bahagian
3: MS2530:2013 digunakan
sebagai asas penilaian terhadap
pematuhan kepada kehendak-kehendak
kemampanan oleh ladang
sawit dan pekebun kecil berkelompok
yang ingin mengikuti
Skim Pensijilan MSPO.
Penilaian terhadap pematuhan
Piawaian Malaysia itu merangkumi
dua peringkat audit dokumentasi
dan lapangan dilaksanakan
oleh Badan Pensijilan Bebas
yang dilantik oleh MPOB bagi memastikan
kesaksamaan dan kredibiliti
pensijilan.
Prinsip am untuk perladangan
sawit dan pekebun kecil berkelompok
mempunyai tujuh prinsip
utama iaitu tanggungjawab
dan komitmen dari pihak pengurusan;
ketelusan; pematuhan kepada
keperluan undang-undang;
tanggungjawab sosial, kesihatan,
keselamatan dan keadaan pekerjaan;
persekitaran, sumber semulajadi,
kepelbagaian bio dan servis
ekosistem; amalan baik; dan
tanaman baharu.
Tujuh prinsip utama ini turut
dilengkapi dan disokong oleh 33
kriteria dan 117 penunjuk aras bagi
memastikan semua aspek penting
kemampanan, amalan pertanian
baik, keselamatan dan kebajikan
serta persekitaran diberikan penekanan
yang seimbang dan dapat
difahami secara lebih mendalam
oleh pengamal dan penilai.
Kemajuan pelaksanaan MSPO
Sambutan dari penggiat industri
di Malaysia terhadap piawaian ini
sangat baik secara amnya.
Sehingga November 2015, 32 ladang
diaudit dan dinilai oleh badan
pensijilan. Daripada 32 ladang
yang diaudit dan dinilai, 27
ladang sawit berkeluasan
70,271.53 hektar yang mewakili
pelbagai syarikat beroperasi di
negara ini dipersijilkan di bawah
Skim Pensijilan Minyak Sawit
Mampan Malaysia (MSPO).
Antara syarikat perladangan di
Malaysia yang telah dipersijilkan
adalah Genting Plantation Berhad,
JC Chang Group, Sarawak Oil
Palm Berhad, Tradewind Plantation
Berhad, IJM Plantation Berhad,
Boustead Plantation Berhad,
FGV Plantation (M) Sdn Bhd, Sime
Darby Plantation Sdn Bhd dan
Keresa Plantation Berhad.
Jumlah ini dijangka bertambah
dari masa ke semasa memandangkan
sudah banyak syarikat
yang telah memohon untuk menyertai
Skim Pensijilan Minyak
Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Banyak syarikat juga menunjukkan
minat untuk menyertai
skim pensijilan MSPO dengan
menghantar pegawai mereka menyertai
kursus kesedaran MSPO
yang dianjurkan oleh badan-badan
pensijilan dan juga MPOB.
Ini menunjukkan bahawa industri
sawit Malaysia sentiasa komited
untuk menghasilkan minyak
sawit secara mampan selain
sentiasa memberi sokongan terhadap
inisiatif ini ke arah pembangunan
sawit secara mampan
selari dengan keperluan dan kehendak
pasaran masa kini.
Diharapkan penyertaan pihak
industri terhadap inisiatif ini sentiasa
berterusan bagi memastikan
minyak sawit dan produk
minyak sawit yang dihasilkan
oleh Malaysia dihasilkan secara
mampan agar dapat merealisasikan
hasrat kerajaan Malaysia
untuk menghasilkan minyak dan
produk sawit secara mampan sepenuhnya
pada 2020.
Pembangunan sawit bantu
pekebun kecil dapat manfaat
Pe mban guna n pertanian yang
begitu pesat di bahagian Betong,
Sarawak khususnya dari segi kadar
peningkatan bilangan pekebun
kecil dan keluasan penanaman
tanaman komoditi seperti
sawit, getah, lada dan koko.
Statistik peningkatan jumlah
pekebun kecil sawit yang dilesenkan
oleh MPOB menunjukkan
peningkatan sebanyak 1,655
orang atau 220% (1,369 (2013) dan
3,024 (2015)) sejak tahun 2013
hingga 2015.
Peningkatan begitu ketara adalah
disebabkan harga komoditi
yang stabil serta memberi pulangan
kepada penanam sawit dan
wujudnya agensi kerajaan seperti
Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB) di kawasan terdekat.
Di samping memainkan peranan
sebagai ejen penyalur bantuan
kerajaan melalui pelaksanaan
skim seperti skim Tanaman
Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK)
agensi-agensi kerajaan turut memainkan
peranan penting sebagai
pencetus idea, pendorong,
panduan, penasihat serta penyalur
maklumat kepada pekebun
kecil melalui program seperti ceramah,
kursus dan sebagainya.
Bantu ubah pemikiran
Penekanan tema atau pun matlamat
seperti ‘Transformasi Pekebun
Kecil’ dalam program yang
membabitkan kerjasama antara
pelbagai agensi kerajaan banyak
membantu mengubah pemikiran
pekebun kecil di bahagian Betong.
Pencapaian berkenaan antaranya
hasil pembabitan pekebun
kecil yang turut tidak ketinggalan
dalam mengusahakan tanaman
sawit.
Salah seorang pekebun kecil
yang terbabit ialah Kawi Dollah
berusia 60 tahun berasal dari
Kampung Serembang, Spaoh, Betong,
Sarawak.
Beliau pernah bekerja sebagai
penyelia di kem kayu balak sekitar
tahun 1970an hingga 1990an
membuat keputusan untuk berhenti
disebabkan kekurangan bekalan
kayu balak serta pulangan
yang semakin berkurangan sebelum
terbabit secara langsung dengan
perusahaan sawit.
Kawi yang bergiat aktif sebagai
anggota Koperasi Penanam Sawit
Mampan Daerah Saratok juga adalah
ahli Kelab 30 Tan MPOB sejak
tahun 2010 dengan hasil (33.47
t a n / h a / t h n ) , 2 0 1 1 ( 3 4 . 5 1
t a n / h a / t h n ) , 2 0 1 2 ( 3 1 . 6 5
tan/ha/thn), 2013 (32.2 tan/ha/thn)
dan 2014 (38.69 tan/ha/thn).
Aset yang dimiliki oleh beliau
hasil pulangan tanaman sawit
membolehkan beliau turut menceburi
bidang keusahawanan sebagai
kontraktor. Beliau merasa
puas kerana pengorbanan wang
ringgit, masa dan tenaga yang
dilaburkan untuk mengusahakan
penanaman sawit, kini memberi
pulangan menguntungkan buat
diri dan keluarga.
Beliau sering mendapatkan
khidmat nasihat daripada pegawai
TUNAS MPOB Cawangan Saratok
untuk memperoleh maklumat
tentang teknologi terkini
dalam penanaman dan pengurusan
sawit.
Segala maklumat yang diperoleh
daripada pegawai TUNAS dijadikan
sebagai panduan dan diamalkan
untuk meningkatkan
kualiti pengeluaran hasil sawit.
Pada akhir sesi temu bual, beliau
turut menyatakan kesyukuran
dengan penubuhan pejabat
baru MPOB Cawangan Betong
yang telah mula beroperasi pada
September 2015. Dengan wujudnya
pejabat tersebut, ia akan memudahkan
beliau mendapatkan
khidmat daripada pegawai TUNAS
MPOB.
Beliau turut merakamkan setinggi
penghargaan kepada kerajaan
kerana sentiasa prihatin untuk
menyediakan perkhidmatan
terbaik kepada masyarakat terutama
golongan penanam sawit
dengan menyediakan pelbagai kemudahan
seperti bantuan input
pertanian serta ejen penyampai
maklumat dan pejabat yang dekat
dengan kawasan pekebun.

[thumbnail of PB2016073770.pdf] Text
PB2016073770.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (240kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology
600 Technology > 630 Agriculture & related technologies
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Berita Harian
Page Range: p. 9
Date: 9 January 2016
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record