PRN Sarawak: Dilema etnik Cina


Abstract

APABILA membicarakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, ramai tidak
faham bahawa politik di Sarawak adalah politik tolak ansur, murni dan
permuafakatan. Walaupun kedudukan etnik Iban sebagai majoriti tetapi sifat tolak
ansur kelihatan lebih baik daripada politik di Semenanjung.
Ini disebabkan politik Sarawak adalah seperti politik yang berlaku dalam situasi
rumah panjang. Semua etnik Sarawak dianggap Iban walaupun wujud
kepelbagaian agama dan ras iaitu Melanau dianggap Iban, Bidayuh dianggap Iban
hatta Cina yang berkahwin dengan Bumiputra Sarawak turut dianggap Iban.
Politik Sarawak adalah politik Iban yang masih menghormati agama Kristian
sebagai teras yang dibawa oleh penjajah walaupun sebilangannya tidak menganut
agama tersebut.
Sifat tolak ansur ini perlu dipuji kerana politik keegoan dan kebencian masih
belum menular dalam kalangan masyarakat Sarawak. Berlainan dengan politik
Pakatan Harapan yang awal-awal sudah menunjukkan keegoan masing-masing
dalam pertindihan kerusi Dewan Undangan Negeri.
Gara-gara berlakunya pertindihan kerusi ini adalah disebabkan bancian yang
dilakukan oleh Merdeka Center. Corak politik ini kurang diterima dalam kalangan
rakyat Sarawak.
Walaupun begitu, etnik Cina Sarawak yang membentuk 32 peratus pengundi di
Sarawak telah dipengaruhi oleh politik yang datang dari Semenanjung. Ini terjadi
kerana majoriti etnik Cina Sarawak tinggal di kawasan bandar yang mempunyai
jalur lebar yang luas dan 4G.
Data maklumat yang meledak tahun ini menggantikan teknologi maklumat telah
membantu kempen-kempen Pakatan Harapan dalam alam maya. Maka berbagaibagai
cerita yang menyimpang dari kebenaran telah disebarluaskan sehingga
kepimpinan Adenan Satem kelihatan buruk.
Jika diukur dalam politik teras Iban ini masih menyanjung kepimpinan Adenan
yang dikatakan tegas membela nasib Sarawak di peringkat Persekutuan.
Pada masa sama sifat tolak ansur telah diberikan kepada etnik Cina Sarawak,
terutamanya pengiktirafan peperiksaan sekolah swasta Cina. Pengiktirafan ini
membolehkan etnik Cina Sarawak menikmati pekerjaan dalam kerajaan negeri
Sarawak termasuklah melanjutkan pendidikan di Universiti Malaysia Sarawak.
Selain itu, sekolah swasta Cina Sarawak turut mendapat bantuan kewangan
daripada kepimpinan Adenan. Pemberian ini merupakan politik murni yang
diberikan oleh kepimpinan Adenan termasuklah kelonggaran untuk pembelian
tanah-tanah di Sarawak.
Berbanding dengan Kerajaan Kesultanan Brunei, etnik Cina langsung tidak
mendapat pengiktirafan sekolah jenis Cina hatta kerakyatan juga tidak diberikan.
Ini disebabkan mereka tidak mengiktiraf imigran Cina yang datang ke negaranya.
Tetapi di Malaysia khususnya di Sarawak, kedudukan etnik Cina Sarawak
menikmati peluang yang lebih baik berbanding rakan-rakan lain di Indonesia,
Thailand, Filipina, Brunei, Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.
Etnik Cina Sarawak tidak boleh menuding jari mengatakan mereka ditindas dan
dilayan kelas ketiga dalam negeri Sarawak. Jika Singapura dijadikan ukuran maka
perlu diingat bahawa bahasa Inggeris dijadikan pengantar walaupun majoritinya
etnik Cina. Kebebasan bersuara juga tidak dibenarkan dan peraturan yang ketat
perlu dipatuhi.
Berbanding di Sarawak, etnik Cina masih diberikan ruang untuk kebebasan
bersuara dan kelonggaran ke atas etnik Cina seperti diberikan taraf Bumiputra
kepada anaknya apabila berkahwin dengan etnik Bumiputra lain di negeri Sarawak
tanpa memeluk agama Kristian.
Memang benar, mana-mana kepimpinan ada kelemahan tetapi jika kelemahan
tersebut masih boleh diperbaiki, maka jangan rosakkannya.
Kerosakan ini tidak mengenal mana-mana parti walaupun parti itu menjadi pilihan
etnik Cina Sarawak. Kesyukuran yang paling besar dalam hidup sebagai etnik Cina
Sarawak adalah sedekah pemberian kehidupan oleh pemerintah. Musuh paling
besar dalam hidup kita adalah kebodohan diri sendiri yang tidak menghargai
pemberian tersebut.
Tolaklah politik kebencian dan politik keegoan demi keamanan dan kemakmuran
Sarawak.
* Penulis ialah pensyarah di UiTM Machang, Kelantan

[thumbnail of PB2016067900 (2).pdf] Text
PB2016067900 (2).pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (803kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Sinar Harian
Date: 4 May 2016
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record