Abstract
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah pun mengeluarkan ramalan hujan lebat yang berterusan sejak pertengahan November yang lalu. Ramalan juga telah dikeluarkan berkemungkinan berlakunya banjir terutamanya di kawasan yang geografinya rendah. Sudah pasti, pihak berwajib telah bertindak proaktif dengan membuat makluman dan hebahan awalan kemungkinan berlakunya banjir. Tujuan utama hebahan dibuat adalah untuk mewujudkan kesedaran dan kesiapsiagaan yang tinggi dikalangan masyarakat dan agensi keselamatan berkaitan dalam menghadapi gelombang banjir kali ini.
Musibah banjir bukanlah suatu perkara yang boleh diambil ringan. Dalam sesi kuliah bersama pelajar saya hari ini, saya berkongsi berita yang amat memilukan buat kita seluruh rakyat Malaysia. Dalam tempoh terdekat ini sahaja terdapat banyak kes kecederaan dan kehilangan nyawa yang berlaku. Kita telah melihat dan mendengar laporan bayi yang lemas akibat terjatuh ke dalam air banjir. Terbaru, kita juga telah melihat kejadian yang menyayat hati tiga beradik yang maut akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah jiran.
PB2022155455.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (152kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 380 Commerce, communications & transportation > 387 Water, air & space transportation |
Campuses: | Perak |
Newspaper: | Malaysia Gazzete |
Date: | 21 December 2022 |
Depositing User: | Bahagian Sumber Bercetak |