Antara hudud dan politik halal


Abstract

menyaksikan pertandingan antara Barisan Nasional, Pas dan Amanah.
Pertandingan sengit kelihatan antara Pas dan Amanah dalam soal memenangi
pengundi Cina. Kedua-dua PRK ini dikatakan guna pendekatan Politik Matang
setelah agenda Politik Baru menuju penghujungnya. Penggunaan isu hudud dan
parti manakah yang lebih bersifat Tuhan merupakan isu panas antara Pas dan
Amanah. Calon Amanah, Azhar Abdul Shukur menggunakan strategi Politik
Ketupat Halal Bachang tetapi pada masa sama masih bersifat mencaci peribadi
personal. Isu serangan penggunaan jet peribadi oleh Rosmah Mansor dan isu
menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib adalah ibarat tertelan mikrofon
sendiri. Jika dibandingkan Tun Dr Mahathir yang membantu calon Amanah ini
turut menggunakan jet persendirian kerajaan untuk berkempen di Kuala Kangsar.
Penonjolan Tun Dr Mahathir dalam membantu Pakatan Harapan dan bersama
dengan pemimpin De Facto Lim Kit Siang telah menimbulkan satu persoalan.
Adakah pemimpin-pemimpin PKR masih ingat akan kezaliman yang dilakukan
oleh Tun Dr Mahathir ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu krisis reformasi
tahun 1999. Bagaimana pula usaha memusnahkan kredibiliti dan imej Anwar yang
dilakukan Tun Dr Mahathir sehingga akhir agenda Politik Baru terkubur. Adakah
masih ingat janji Pakatan Harapan sebelum kemasukan Tun Dr Mahathir bahawa
untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri melalui tiga cara iaitu undi
tidak percaya, pemilihan Umno dan melalui PRU14.
Mengapakah perlu menggunakan isu kedua-dua PRK ini sebagai satu kaedah
menjatuhkan Perdana Menteri. Bukankah Pakatan Harapan berjanji sanggup
menunggu sehingga PRU14. Bukankah Pakatan Harapan berjanji sanggup bantu
rakyat sehingga tiba PRU14. Di manakah amanah janji dipegang Pakatan
Harapan, khususnya Amanah.
Mengikut satu unjuran yang dilakukan dengan pemerhatian kepada kelakuan dan
trend populasi pengundi menunjukkan kedua-dua calon Amanah di kedua PRK ini
hanya mampu memperoleh 8 hingga 12 peratus. Pas pula menduduki kedudukan
kedua di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Sepatutnya persaingan sengit
hanya berlaku antara Pas dan Umno bukannya Amanah. Ini disebabkan kedua-dua
calon Amanah adalah calon lightweight iaitu Azhar Abdul Shukur di Sungai Besar
dan Profesor Dr Ahmad Termizi di Kuala Kangsar. Yang rugi di sini bukanlah Pas
tetapi Amanah.
Amanah merupakan parti baru sepatutnya menonjolkan calon lebih berkaliber.
Imej Amanah yang bersama DAP dan PKR dikatakan mampu menyaingi BN
adalah satu ilusi. Sebagai sebuah parti baharu sepatutnya pengalaman amat penting
dalam mematangkan politik parti. Usaha terburu-buru ini hanya menyebabkan dua
situasi. Jika Amanah tidak mampu menang wang deposit PRK ini, apakah hala tuju
Amanah selepas ini. Tapi jika Amanah menang wang deposit PRK ini, adakah
dalam PRK ini mampu bawa keuntungan politik kepada Amanah.
Penumpuan kepada undi masyarakat Cina oleh Amanah yang guna pendekatan
Politik Halal Ketupat Bachang seolah-olah melupai kewujudan masyarakat India
dan lain-lain. Perlu diingati masyarakat Melayu yang mengundi kali ini adalah
boleh dijangkakan. Cuma yang bawa perbezaan adalah Generasi Y. Tetapi adakah
golongan ini akan pulang untuk mengundi. Bagaimana pula pengundi selain
masyarakat Cina dan Melayu. Adakah Amanah terfikir suara dan pemikiran
masyarakat India dan lain-lain. Adakah mereka ini tidak penting bagi Amanah.
Masalah isu rasuah dan integriti bukan sahaja berlaku dalam kerajaan Persekutuan
tetapi turut berlaku dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang. Pendedahan
habuan wanita oleh Rafizi Ramli sebulan lalu cukup mendedahkan bahawa
kerajaan pimpinan PKR di Selangor juga terpalit isu rasuah dan integriti. Begitu
juga isu banglo mewah dimiliki Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga
menunjukkan trend sama. Adakah Amanah mampu laksana tanggungjawabnya jika
diberi kuasa. Selain itu, gurauan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang ingin
membaling bom atom kepada Najib selaku Perdana Menteri dianggap satu
kegilaan politik. Adakah kegilaan politik ini digunakan sehingga tidak dapat
bezakan antara waras dan tidak waras akan situasi sebenar yang dihadapi waktu
ini?
*Penulis ialah pensyarah Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM
Kelantan

[thumbnail of PB2016067899.pdf] Text
PB2016067899.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (859kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Sinar Harian
Date: 15 June 2016
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record