Reformasi ekonomi negara ke arah lebih mesra alam


Abstract

BAGI menghadapi cabaran masa depan, banyak pihak mula memberi perhatian kepada konsep ekonomi kitaran dan ekonomi hijau.

Kerajaan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam pengukuhan ekosistem ekonomi kitaran yang akan disepadukan dengan pembangunan ekonomi hijau dan rendah karbon.

Konsep ini dianggap paling sesuai bagi mendepani cabaran revolusi industri 4.0, sekali gus memacu transformasi ekonomi negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-15.

Selepas menghadapi pandemik Covid-19, rantaian pengeluaran industri di seluruh dunia sedang menjalani transformasi serta proses meningkatkan penyesuaian kepada teknologi digital.

Penggunaan swasta menjadi lemah secara mendadak dan memerlukan pelarasan terhadap rantaian bekalan.

Pengeluaran industri juga perlu menjalani transformasi dengan penekanan kepada analisis risiko dan unjuran permintaan produk akhir yang lebih realistik dalam kalangan pengguna.

[thumbnail of PB2022155230.pdf] Text
PB2022155230.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (482kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 330 Economics
Campuses: Shah Alam
Newspaper: Kosmo
Date: 14 December 2022
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record