Yakin negara mampu bangkit lebih baik


Abstract

KERAJAAN perpaduan yang terbentuk melalui gabungan pelbagai parti mewujudkan model pemerintahan baharu yang lebih segar dan bersifat keterangkuman.

Sudah pasti barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan mewujudkan satu pasukan pentadbir eksekutif yang cekap serta mampu menggalas aspirasi rakyat dan negara.

Saya melihat pembentukan jemaah menteri sudah mengambil pelbagai perkiraan cukup lengkap bagi melunaskan segala aku janji yang telah dinyatakan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sebagai model kerajaan perpaduan yang pertama di Malaysia, sudah pasti ia mempunyai cabaran tersendiri bagi menangkis segala persepsi dan tohmahan dibuat sesetengah pihak.

Namun, tumpuan utama Kabinet hendaklah untuk membawa perubahan baik kepada iklim ekonomi serta menyelesaikan masalah rakyat dengan kadar segera bagi meyakinkan orang ramai bahawa menteri yang dilantik mampu menyelesaikan isu rakyat.

Bagi memastikan kestabilan negara sentiasa diutamakan, jemaah menteri perlu segera mengambil tindakan awal bagi membuktikan pencapaian jangka pendek dapat direalisasikan dengan jayanya.

Sebagai contoh, mengemukakan idea dan model bagi penstrukturan semula kewangan negara yang lebih komprehensif serta mengutamakan ketelusan bagi mengelak ketirisan seperti pengumuman Perdana Menteri mewujudkan tender terbuka.

Justeru, jemaah menteri yang dilantik perlu dengan kadar segera mengumumkan dasar dan polisi yang dapat meyakinkan rakyat terhadap kebolehan menteri menjawat sesuatu kementerian.

[thumbnail of PB2022155149.pdf] Text
PB2022155149.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (348kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Perlis
Divisions: Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 10 December 2022
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record