Abstract
Masalah jiwa selalu dikaitkan dengan masalah mental, tekanan perasaan, emosi yang tidak stabil, pemikiran celaru, kelesuan minda atau apa sahaja dikaitkan dengan penyakit jiwa insan. Keadaan ini tidak boleh dipandang mudah oleh masyarakat memandangkan ia memberi kesan buruk terhadap kehidupan manusia. Bahkan ia memberi kesan terhadap nilai kemajuan dan peradaban sesebuah negara.
Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan golongan mengalami masalah jiwa dapat dibantu dengan pelbagai kaedah rawatan sama ada melalui rawatan klinikal mahupun rawatan yang bersifat kerohanian. Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim) Justeru pelbagai cara dan usaha bagi merawat mereka yang mengalami masalah jiwa sama ada berada pada peringkat kritikal mahupun tidak kritikal hendaklah dibantu melalui rawatan terbaik.
PB2022154725.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (543kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 200 Religion |
Campuses: | Perlis |
Divisions: | Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Newspaper: | Harian Metro |
Date: | 28 November 2022 |
Depositing User: | Bahagian Sumber Bercetak |