Potensi Banting lokasi pelancongan astronomi perlu dikembangkan


Abstract

Bandar Banting di Selangor antara lokasi tarikan pelancong, apatah lagi dengan kedudukan yang hanya berjarak kira-kira sejam 15 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Sebagai bandar pentadbiran bagi Daerah Kuala Langat, ia kini semakin pesat membangun dengan pelbagai industri terutama pertanian. Kedudukannya juga menarik perhatian warga setempat kerana terletak di tepi Sungai Langat yang mengalir dari Gunung Nuang.

Banting dengan jumlah populasi sekitar 100,000 penduduk dilengkapi dengan rangkaian jalan raya dan perkhidmatan awam yang baik dari bandar Klang, Banting dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Justeru ia menjadi antara faktor tarikan pelancong sama ada tempatan atau luar negara.

Banting adalah lokasi kaya sejarah. Jugra misalnya yang terletak kira-kira 20 kilometer dari situ pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan Selangor. Justeru terdapat banyak tinggalan sejarah di sekitarnya. Antara lokasi menarik di Banting ialah bangunan bersejarah termasuklah Istana Bandar, Masjid Alauddin, Makam Sultan Abdul Samad Jugra.

[thumbnail of PB2022143939A.pdf] Text
PB2022143939A.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (357kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 900 History & geography > 910 Geography & travel
900 History & geography > 910 Geography & travel > Tourism
Campuses: Selangor
Newspaper: Berita Harian
Date: 15 September 2022
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record