Kebijaksanaan Seri Paduka kekalkan keharmonian di sebalik kemelut Parlimen tergantung


Abstract

NEGARA kita sedang menghadapi kemelut untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pasca-Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ini rentetan keputusan PRU15 yang menyaksikan tiada satu pun parti berjaya menerima sokongan majoriti mudah 112 Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sudah lima hari pilihan raya berlalu, namun negara kita masih belum ada Perdana Menteri. Pada saat-saat genting begini, rakyat sangat memerlukan kepakaran, kebijaksanaan dan kekuasaan Raja-Raja Melayu, seperti termaktub dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Dari segi undang-undang, bagi tujuan pelantikan Perdana Menteri, ia tertakluk kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk memilih siapakah calon Perdana Menteri yang pada hemat baginda amat sesuai. Perkara ini adalah sangat jelas. Jika kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Perkara 40(2)(a) yang memperuntukkan bahawa:

"Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri;…."

[thumbnail of PB2022154621.pdf] Text
PB2022154621.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (19MB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record