Mengurus masa si kecil bersama gajet


Official URL: https://www.kosmo.com.my

Abstract

KEBANYAKAN ibu bapa hari ini lebih gemar menghadiahkan alatan elektronik kepada anak anak mereka. Banyak kajian yang dilakukan membuat kesimpulan bahawa gajet mampu membantu pertumbuhan minda kanak kanak tetapi sebagai ibu bapa, kita juga harus mengetahui kesan negatif dalam kehidupan mereka. Kanak-kanak yang terdedah kepada ketagihan gajet boleh menyebabkan berlaku perubahan dalam kehidupan mereka seperti tidak menghiraukan masa makan dan tidur sehingga mengganggu kehidupan seharian.
Selain itu, masalah obesiti, diabetes dan strok boleh berlaku
akibat pola pemakanan yang tidak menentu. Ibu bapa moden perlu mengetahui berapa lama anak anak mereka sepatutnya boleh berada di depan skrin komputer atau gajet tanpa sebarang kesan? Ini adalah aspek yang sering diabaikan dan pakar-pakar psikologi serta organisasi kesihatan menganggap perkara itu sesuatu yang serius. Menurut pakar perkembangan pengurusan kanak-kanak, golongan ini berdepan kesan negatif terutamanya jika kanak-kanak itu berada di depan komputer sebelum masa tidurnya. Tinjauan pakar eibubapaan mendapati, 37 peratus ibu bapa mendakwa anak-anak mereka
menghabiskan masa antara satu hingga dua jam bersama
gajet. Sementara 28 peratus pula memberitahu, anak mereka
menghabiskan masa dua hingga tiga jam. Lebih mendukacitakan, tinjauan mendapati 38 peratus
umur dalam lingkungan dua hingga lima tahun kanak-kanak
sudah memiliki gajet manakala 32 peratus mempunyai iPad
peribadi. Memujuk Pada masa kini kebanyakan ibu bapa mendakwa, mereka menggunakan gajet untuk
memujuk manakala sebahagian pula mahukan anak-anak kecil
mereka celik teknologi seawal yang mungkin. Alasan itu sememangnya difahami, namun mereka sepatutnya lebih mengambil berat tentang risiko dan bahaya gajet.
Bagaimanapun, pakar dalam bidang Managing Screen
Time and Screen Dependency menegaskan, isu itu bukan
berkaitan pendidikan, celik atau hendak memujuk kanakkanak
tetapi lebih daripada itu. Risikonya berkaitan dengan soal
perubatan dan perubahan gaya hidup. Walaupun pakar dalam
bidang itu bersetuju bahawa alatan elektronik seperti
televisyen, komputer dan aplikasi telefon pintar boleh
dijadikan bahan pembelajaran, mereka sentiasa menegaskan
bahawa masa kanak-kanak dengan gajet sepatutnya di
kawal dan diurus dengan baik, sekali gus mengikut jadual yang ditetapkan. Televisyen pula pada masa kini tidak boleh dianggap sebagai babysitter atau pengasuh manakala telefon pintar dan komputer mempunyai pengaruh serta bahaya yang semakin mengancam kanak-kanak dalam proses pembesaran mereka jika tidak dibendung. Pertambahan alatan elektronik dalam rumah sehinggakan kanak-kanak memiliki komputer dan menghabiskan masa bermain permainan komputer seperti Playstation boleh mempengaruhi kesihatan kanak-kanak. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita harus
sentiasa mengurang dan mengawas waktu anak-anak
bersama aktiviti gajet. Kesan yang dialami bukannya
pada masa terdekat tetapi dalam masa panjang. Pada tahun 2013, terdapat beberapa negara yang mengambil langkah
mencadangkan supaya kanak kanak berumur di bawah dua
tahun tidak boleh menghadap skrin gajet. Kanak-kanak yang
lebih berusia pula tidak boleh menghadap gajet melebihi dua
jam pada setiap hari. Contoh Di samping itu, beberapa
negara seperti Perancis bertindak lebih tegas dengan
mengharamkan penggunaan alat-alat digital kepada kanak kanak berumur bawah tiga tahun. Pengharaman ini diikuti
oleh Australia dan Canada manakala kerajaan Taiwan
bertindak memperkenalkan undang-undang mendenda ibu
bapa yang membenarkan kanak kanak berumur 18 tahun ke
bawah menggunakan peralatan elektronik melebihi masa.
Persoalan yang selalu bermain di fikiran ialah adakah
kita sering melihat telefon pintar atau televisyen ketika anak anda sedang berkomunikasi dengan kita? Kita mungkin tidak
mempedulikan apa yang anak anak sedang tanya kerana
terlalu asyik melihat drama di televisyen atau melihat mesej
dalam aplikasi WhatsApp kita. Jangan terkejut jika sikap ini
dicontohi oleh anak-anak kita. Sebagai ibu bapa yang
bertanggungjawab juga, kita perlu sedar bahawa menikmati
hidangan sambil menonton televisyen adalah satu perkara
yang tidak baik. Makan sambil perhatian mata menoleh ke skrin televisyen menunjukkan rasa kurang hormat kepada ibu bapa, begitu juga kepada anak-anak. Ibu bapa pada zaman
teknologi kini haruslah bersama sama mengambil tanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka tidak terus lalai dibuai dengan gajet. Leteran si ibu diperlukan
untuk memastikan anak-anak tidak bermain gajet pada masa
di luar jadual yang ditentukan adalah sangat penting. Di
samping itu, si ayah perlu bertindak lebih tegas .

[thumbnail of PB2016066711.PDF] Text
PB2016066711.PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (1MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology
600 Technology > 607 Education, research & related topics
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Kosmo
Page Range: p. 24
Date: 10 August 2016
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record