Guna teknologi suntik semangat patriotisme


Official URL: https://www.kosmo.com.my

Abstract

MEMBINCANGKAN tentang semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia ketika ini amat relevan
kerana ia bersesuaian dengan masa dan keadaan.
Setiap kali bulan Ogos menjengah, ramai dalam kalangan kita tertanya-tanya sejauh mana penghayatan serta apakah
makna semangat patriotisme itu dalam diri sendiri dan masyarakat? Kita sering mengaitkan istilah patriotisme itu meliputi tentang diri sendiri dan negara yang sudah merdeka
serta berdaulat. Semangat patriotisme itu jelas kelihatan sekiranya masyarakat dapat menjiwai, bersyukur dan bangga kerana menjadi warga sebuah negara yang merdeka. Kita mengisi kemerdekaan itu dengan pembangunan dan kemajuan teknologi. Apabila membincangkan tentang
semangat patriotisme di negara yang maju dalam aspek penggunaan teknologi ini, kita seolah-olah sedang menyaksikan satu suasana yang menggambarkan
masyarakat tidak lagi dapat menghayati erti atau nilai sebenar tentang sebuah negara yang merdeka. Malah, ada segelintir daripada mereka seakan-akan menafi, memperlekeh atau
memperkecilkan nikmat hidup di sebuah negara yang berdaulat ini. Gangguan dan kecelaruan pada sistem nilai itu berlaku ketika masyarakat sedang menghadapi ledakan cabaran perkembangan teknologi media sosial dalam era digital dan siber atau sering dikaitkan dengan zaman dunia tanpa sempadan mahupun dikenali juga sebagai
hyperconnectivity. Cabaran Semangat patriotik dalam kalangan masyarakat menjadi isu penting yang
patut diberi tumpuan oleh semua pihak bermula daripada peringkat unit yang kecil seperti sebuah keluarga sehinggalah
kepada peringkat yang lebih tinggi seperti pentadbiran kerajaan. Ini kerana, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kurangnya semangat patriotik.
Sebuah negara yang maju pasti akan menawarkan kehidupan lebih selesa bagi masyarakatnya, sekali gus dikaitkan
dengan kehidupan affluent iaitu suatu suasana kehidupan yang serba senang dan mudah dalam kalangan generasi belia.
Faktor ini dikhuatiri akan mengurangkan semangat patriotisme dalam kalangan mereka. Pelbagai kemudahan sosial hasil daripada kemajuan teknologi, kemunculan
pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan di pasaran serta aneka bentuk hiburan berteknologi tinggi akan melekakan
generasi muda. Mereka lupa tentang hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan bangsa atau peranan serta tanggungjawabnya terhadap masyarakat atau negara.
Daripada perspektif ini, akan wujud sebuah kelompok masyarakat yang mungkin asyik atau mudah dibuai dengan
kecanggihan teknologi dan kemewahan hidup sehingga tidak terpanggil untuk memberikan sumbangan kepada
pembangunan bangsanya. Akibatnya, terbentuk sebuah generasi yang individualistik hasil daripada ledakan
zaman hyperconnectivity tadi. Tanggapan-tanggapan bahawa soal pembangunan, kemajuan dan masa depan
bangsa dan negaranya bukan bidang yang menuntut perhatian mereka mula kelihatan kini. Aspirasi negara
Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, marilah kita bersamasama melihat dan meneliti semula bagaimana kita boleh meningkatkan semula semangat patriotisme itu.
Teknologi memainkan peranan yang penting dan menjadi pemangkin dalam menyuntik semangat patriotisme dan
cintakan negara. Ia sememangnya memainkan peranan
yang penting dalam memastikan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia agar tidak melupakan nikmatnya hidup
dalam sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat ini.
Fungsi teknologi dalam menyuntik kembali semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat harus ditingkat dan
dikembangkan. Golongan belia masa kini seolah-olah
tidak memahami erti sebenar nikmat kemerdekaan dan menyebabkan semangat patriotik dalam diri semakin berkurangan. Meningkatkan semangat patriotisme
pada era teknologi moden juga memerlukan keazaman yang tinggi daripada pemimpin serta segenap lapisan rakyat. Semua orang perlu mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara melalui penggunaan teknologi moden
seperti media sosial serta aplikasi dalam gajet agar dapat dijiwai oleh generasi muda kini. Salam bulan kemerdekaan buat rakyat Malaysia

[thumbnail of PB2016066674.PDF] Text
PB2016066674.PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (2MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Kosmo
Page Range: p. 24
Date: 3 August 2016
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record