Abstract
HARI ini, teknologi maklumat dilihat sebagai satu medium
yang digunakan untuk menghantar, berkongsi dan
memaparkan maklumat. Maklumat yang dihantar
boleh wujud dalam pelbagai bentuk sama ada secara fizikal
(kertas dan buku), suara, paparan gambar dan pergerakan.
Jika diteliti, perkembangan teknologi maklumat ini telah
mencapai satu tahap yang mula menampakkan pengaruh tertentu dalam kehidupan manusia terutamanya masyarakat bandar. Teknologi maklumat yang pada peringkat awalnya wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedar pelbagai
jenis maklumat seperti pengiklanan, pemberitahuan
dan telekomunikasi, kini menjadi penggerak kepada corak
kehidupan serta peradaban. Peranannya sebagai ejen
perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin penting
terutamanya dengan kewujudan peralatan elektronik dan telefon pintar. Dewasa ini, ia telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Penggunaan rangkaian internet berupaya membawa perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi digital serta perkembangan pasaran Implikasi Teknologi maklumat menjadi pengukur tahap kemajuan sebuah negara maju dengan negara sedang membangun. Aspek fizikal yang
dimaksudkan termasuk corak penggunaan ruang bandar,
rangkaian lalu lintas dan pengangkutan serta ruang
virtual. Di samping itu, aspek sosial pula meliputi perubahan ke atas cara dan corak individu itu berinteraksi, bergerak,
melakukan aktiviti, cara hidup, kualiti hidup, taraf kesihatan dan lain-lain. Selain itu, jaringan laman sosial juga membolehkan pelbagai urusan perniagaan hari ini dijalankan secara digital, sekali gus memberi implikasi yang besar terhadap proses pembandaran di negara ini pada masa hadapan. Misalnya, ramai antara pengguna lebuh raya pada musim perayaan lalu mula merujuk kepada laman web laman web Plusliner bagi mendapatkan maklumat tentang kesesakan
lebuh raya sebelum mereka memulakan perjalanan masing masing. Kesan yang paling ketara ialah kebergantungan kita kepada bekalan elektrik. Namun, kesan besar yang lebih
membimbangkan adalah dari segi perkembangan ekonomi melalui pengaliran wang keluar akibat pemindahan modal antarabangsa serta pembelian barangan luar negara dalam jumlah yang besar. Dengan berkembangnya kemudahan yang berasaskan teknologi maklumat, lebih banyak kawasan hijau dapat dikekalkan atau dibekalkan berbanding dengan tempat letak kereta. Sekiranya jumlah jarak perjalanan boleh digantikan dengan aliran elektrik atau cahaya, maka teknologi
maklumat telah menyumbang sesuatu yang bermakna kerana
dapat mengurangkan tahap pencemaran bandar melalui
pengurusan pengangkutan awam yang lebih efisyen.
Namun, secara sosialnya, manusia masih perlu
menjalankan aktiviti tertentu yang tidak mungkin dapat
digantikan oleh teknologi maklumat misalnya makan, rehat,
berekreasi dan bersukan. Perubahan hanya dari segi
cara aktiviti itu dijalankan dan batasan serta halangan
yang wujud akibat gelombang maklumat yang mempengaruhinya. Dalam dunia serba moden ini,
celik teknologi maklumat amat penting untuk
membolehkan seseorang itu mempunyai nilai
tambah dalam dunia perdagangan dan pasaran pekerjaan.
Celik teknologi maklumat amat penting bagi individu yang hidup pada era teknologi maklumat, tidak kira seseorang itu bekerja di rumah atau di pejabat. Pemikiran kritikal
Individu yang melengkapkan diri dengan teknologi dan
kemahiran internet bagi mendapatkan maklumat yang
lebih sahih lazimnya mengetahui lebih banyak isu semasa serta dapat mencari maklumat dengan lebih cepat berbanding mereka yang berpendidikan tinggi tetapi kurang kemahiran itu. Namun, kecelikan maklumat juga perlu disokong dengan
pemikiran kritikal. Tanpa perkara ini, individu tidak dapat
menilai dengan jelas kualiti maklumat yang diperoleh
daripada rangkaian maklumat. Jadi, jika anda tidak ingin
dilihat sebagai seorang yang ketinggalan zaman, anda
perlu celik maklumat dan mempunyai kemahiran asas
sekurang-kurangnya mengikuti perkembangan semasa.
Justeru itu, dalam keasyikan Malaysia membangunkan
prasarana seperti bandar pintar, rakyatnya harus diberi
pendedahan dan pendidikan asas tentang kesan baik serta buruk teknologi maklumat. Malaysia memerlukan
teknologi ini untuk bersaing dan berganjak kepada corak ekonomi yang berasaskan maklumat, namun masyarakat harus bersedia terutamanya secara mental untuk menerima kos dan faedah yang akan dijanakan.
PB2016066579.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (2MB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology |
Campuses: | Kelantan Kelantan > Kota Bharu Campus |
Newspaper: | Kosmo |
Page Range: | p. 24 |
Date: | 27 July 2016 |
Depositing User: | Aida Mustapha (Kota Bharu) |
Related URLs: |