Pengundi muda sekat 'tsunami merah' di AS, bagaimana di Malaysia?


Abstract

Dengan unjuran kemenangan calon Demokrat, Catherine Cortez Masto di Nevada bagi pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS), Sabtu lalu, parti itu berjaya mempertahankan penguasaan dalam Senat.

Ini tentunya kemenangan manis selepas berminggu-minggu hasil tinjauan pendapat menunjukkan Demokrat akan dikalahkan Republikan menerusi gelombang 'tsunami merah.'

Pengundi muda dikatakan antara faktor utama kemenangan Demokrat apabila golongan itu keluar beramai-ramai mengundi dan mempertahankan agenda parti berkenaan yang dilihat lebih progresif dan kena cita rasa mereka seperti perubahan iklim, krisis senjata api, keadilan sosial dan kebebasan peribadi seperti pengguguran janin serta penghapusan sebahagian pinjaman pelajaran.

Ini berbeza dengan Republikan menggunakan isu lebih konservatif seperti inflasi, kebanjiran pendatang asing dan peningkatan kadar jenayah.

[thumbnail of PB2022154382.pdf] Text
PB2022154382.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (467kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Perak
Newspaper: Berita Harian
Date: 15 November 2022
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record