Abstract
Pendidikan Islam merupakan subjek yang penting bagi anak-anak Muslim di negara ini. Ia harus diberi keutamaan dan perhatian khusus oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan generasi muda yang dihasilkan mempunyai kualiti dan jati diri sebagai seorang Muslim terutama dalam aspek pemikiran dan amalan Islam yang benar.
Bagi meningkatkan kemahiran dan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, penumpuan perlu terarah kepada pembinaan awal kanak-kanak lagi.
Maka, pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) Pendidikan Islam bagi pelajar sekolah rendah perlu menggunakan pendekatan pedagogi yang lebih praktikal bersesuaian dengan peredaran zaman.
Penekanan PDPC yang mantap dan berkesan mampu menarik minat murid untuk mendalami dan menguasai Pendidikan Islam.
PDPC perlu mengalami proses transformasi dan asimilasi teknologi terkini dalam memastikan ilmu yang disampaikan dapat diingati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
PB2022143754.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (347kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 370 Education > Elementary education |
Campuses: | Perlis Perlis > Arau Campus |
Divisions: | Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 16 September 2022 |
Depositing User: | Bahagian Sumber Bercetak 2 |