Jangan biar pemikiran orang Melayu dijajah


Abstract

PELBAGAI rintangan dan ujian terpaksa diharungi bagi mencapai kejayaan pada hari ini. Namun, adakah semangat kemerdekaan ini benar-benar difahami oleh jiwa orangorang beriman?

Kemerdekaan dikecapi sebenarnya masih memerlukan pengorbanan yang setia dan sayang terhadap negara. Ini kerana perjuangan pemimpin kita terdahulu telah banyak menabur bakti dalam usaha mendapatkan kemerdekaan dengan jalan rundingan tanpa berlaku pertumpahan darah.

Bagi mencapai hasrat kemakmuran bersama dalam Keluarga Malaysia, marilah bersama membina kesefahaman serta saling menyayangi khususnya bagi orang Melayu beragama Islam. Usahlah berpecah dan saling bercakaran sesama Melayu Islam. Biarlah negara ini dipimpin oleh mereka yang benarbenar menghargai semangat kemerdekaan diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu.

Pengorbanan tokoh pejuang bangsa dan agama diharap dapat diteruskan oleh generasi kepimpinan yang beramanah serta bijak dalam mengurus negara. Perpecahan hanya akan menampakkan kelemahan orang Islam.

Kita mempunyai ramai tokoh disegani dan mempunyai integriti serta cekap mentadbir negara. Justeru, amat wajar pemimpin sedemikian diberikan kepercayaan dalam mentadbir negara, bukan mereka yang hanya mempunyai kepentingan peribadi.

Selain itu, jangan dibiarkan anak-anak orang Islam dijajah pemikiran mereka dengan anasir luar yang merosakkan nilai peradaban dan akhlak Islam.

Sebagai kesimpulan, memahami erti kemerdekaan sebagai seorang Muslim banyak memberi pengajaran dalam mengenal erti sebuah kehidupan.-UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis

[thumbnail of PB2022143757.pdf] Text
PB2022143757.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (314kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Perlis
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 22 September 2022
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record