Abstract
Idea nanoteknologi telah diutarakan lebih 50 tahun yang lalu oleh seorang ahli fizik, Richard Feyman. Walau bagaimanapun idea ini telah mendapat perhatian semula pada awal tahun 1991, dengan penemuan tiub karbon bersaiz nano oleh saintis dari Jepun, Sumio Iijima. Nanoteknologi merupakan kajian dan pemfabrikasian peranti pada skala nanometer iaitu satu per bilion meter pada ukuran panjang. Nanoteknologi dijangka digunakan secara meluas menjelang 2015. Berbagai industri akan mendapat manfaat dari nanoteknologi misalnya farmaseutikal, teknologi maklumat dan komuniasi (ICT), elektronik dan tidak terkecuali bidang pertanian. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang rancak mempergiatkan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) mestilah memanfaatkan bidang nanoteknologi ini. Bagi sebuah negara yang ingin menjadi cemerlang dan gemilang ia tidak harus ketinggalan dalam membangunkan infrastruktur penyelidikan dalam bidang nanoteknologi dan memberi perhatian khusus setanding dengan negara-negara lain. Malaysia yang kini sedang memberi tumpuan dalam bidang pertanian dan industri asas tani dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mestilah memanfaatkan teknologi ini.
PB2010026332.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (104kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 500 Science 500 Science > 580 Plants 600 Technology 600 Technology > 630 Agriculture & related technologies 600 Technology > 630 Agriculture & related technologies > 631 Techniques, equipment & materials 600 Technology > 630 Agriculture & related technologies > 632 Plant injuries, diseases & pests |
Campuses: | Selangor Selangor > Dengkil Campus Shah Alam |
Divisions: | Faculties > Applied Sciences |
Newspaper: | Utusan Malaysia |
Date: | 17 January 2010 |
Depositing User: | Nur Hawa Ameera Hawilin (Sabah) |