Tip cream puff


Abstract

Soalan:
Apakah tip-tip penting apabila saya ingin membuat cream puff. Diharap chef dapat memberikan beberapa tip-tip berguna untuk saya menyediakan menu ini. Terima kasih.

Daripada
Omar Hasan, Omar hasan 02@iprimus.com.au

Jawapan
Cream puff sebenarnya diperbuat daripada adunan choux pastry. Selain daripada cream puff anda boleh membuat éclair, profiterole dan swan dengan choux pastry. Choux pastry yang dibuat dengan resipi dan teknik yang betul akan menghasilkan rongga udara di dalamnya. Ruang udara yang terhasil akan membuatkan choux pastry lembut dan ringan. Teknik ketika anda membancuh tepung dengan cecair (mentega yang dicampur air) perlu diberi perhatian. Anda perlu memasukkan tepung apabila cecair itu mendidih. Pastikan merjerin atau mentega telah sepenuhnya cair dalam air. Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat. Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan anda menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair.

[thumbnail of PB2011032067.pdf] Text
PB2011032067.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (410kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record