Seratus Orang Staf Jayakan Program “PTAR MERDEKA”


Abstract

SHAH ALAM, 24 Ogos 2023 – Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 negara pada 31 Ogos 2023, seramai seratus orang staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menjayakan program PTAR MERDEKA yang diadakan di dua lokasi iaitu di dataran Menara Sultan Abdul Azis Shah (SAAS) dan ruang LCE, PTAR.

Program yang bermula jam 9:00 pagi dan diadakan selama empat jam bertujuan menyuburkan nilai-nilai kemerdekaan dalam diri warga PTAR.

Acara kemuncak program adalah menerusi segmen ‘Bual Bicara Menyoroti Kemerdekaan’ apabila menampilkan Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) Datuk (Dr.) Ghazali bin Dato’ Mohd Yusoff sebagai panel program dan sudi berkongsi makna dan nilai sebenar kemerdekaan.

Turut menyerikan acara sambutan PTAR MERDEKA ialah kehadiran Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi Haji Jantan.

‘Melihat kehadiran ramai staf PTAR sepanjang program berlangsung, adalah diharap agar program sebegini dapat diadakan lebih kerap pada masa akan datang’, luah beberapa orang staf PTAR yang ditemui.

Aktiviti lain yang turut berlangsung adalah Aerobathon Merdeka, deklamasi puisi dan nyanyian lagu patriotik.

[thumbnail of 10965.pdf] Text
10965.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (208kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 000 Computer science, information & general works > 020 Library & information sciences
Campuses: Shah Alam
Divisions: Administrative Office > UiTM Library
Newspaper: UiTM News Hub
Date: 25 August 2023
Depositing User: Jaz Norfazuna Jaafar
Edit Item Record
Edit Item Record