Perkasakan instrumen wakaf bidang pertanian


Abstract

NEGARA ini perlu bersedia dengan situasi tidak menentu khususnya melibatkan ekonomi. Banyak perkara perlu diberikan perhatian serius oleh pihak berkuasa dalam menangani pelbagai isu yang semakin mendesak.

Antaranya pengangguran, kenaikan kos sara hidup, peningkatan harga rumah, nilai mata wang semakin mengecil, kos pengurusan dan pembangunan yang meningkat dalam belanjawan negara.

Antara langkah boleh diambil umat Islam bagi memperkukuhkan ekonomi negara adalah dengan menyemarakkan budaya berwakaf. Instrumen wakaf boleh memberikan penyelesaian kepada masalah ekonomi umat Islam jika ia dilaksanakan secara maksimum.

Imam Az-Zuhri, seorang ulama terkenal dalam ilmu hadis memfatwakan berwakaf dalam bentuk dinar dan dirham adalah diharuskan bagi tujuan berdakwah, kebajikan ummah dan pendidikan umat Islam.

Dalam pada itu, instrumen wakaf tunai sudah diberi perhatian oleh kebanyakan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bagi tujuan memberikan manfaat berpanjangan kepada umat Islam. Apa yang menarik, melalui pendekatan ini semua orang boleh menyumbang wang tunai mengikut kemampuan diri bagi tujuan berwakaf.

Selain itu, kerajaan Pusat dalam Bajet 2022 memperkenalkan Wakaf Pertanian (WATANI) berkonsepkan pertanian bersepadu yang memberi peluang kepada komuniti dalam sesebuah negeri untuk mengusahakan tanah wakaf terbiar.

Langkah tersebut membantu memperkasakan sosioekonomi ummah. Model WATANI ini dilihat mampu menjadi pemangkin bagi mengurangkan kebergantungan import bekalan makanan dari luar dan menjamin kestabilan sekuriti makanan negara.

Sebagai kesimpulannya, instrumen wakaf boleh menjadi pertahanan kepada serangan ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa kini. – UTUSAN

[thumbnail of PB2022144153.pdf] Text
PB2022144153.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (2MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 600 Technology > 630 Agriculture & related technologies
Campuses: Perlis
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 27 September 2022
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record