Abstract
ADAKAH penyepaduan penjagaan alam sekitar (Environmental), social (Social) dan tadbir urus (Governance) atau (ESG) membantu meningkatkan prospek kemampanan dan kelangsungan syarikat di Malaysia?
ESG ialah akronim bagi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat. ESG mengambil pandangan holistik bahawa
kemampanan perniagaan haruslah melangkaui isu penjagaan alam sekitar.
Dalam istilah lain, ESG dicirikan sebagai rangka kerja terbaik yang berpotensi membantu pihak berkepentingan memahami
pendekatan sesebuah organisasi dalam mengurus risiko dan peluang dengan memberi keutamaan terhadap penjagaan alam sekitar, sosial dan tadbir urus syarikat itu sendiri.
Walaubagaimanapun, masih ramai yang keliru tentang perbezaan diantara ESG dan Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR).
Secara ringkas, CSR ialah rangka kerja rancangan kemampanan syarikat dan pengaruh budaya yang bertanggungjawab dalam unsur sosial, manakala ESG ialah hasil yang boleh dinilai berdasarkan unsur alam sekitar, sosial, dan tadbir urus di dalam syarikat berkaitan prestasi kemampanan keseluruhan syarikat.
Dalam kata lain, kriteria ESG melangkaui agenda CSR syarikat yang hanya melaporkan usaha rangka kerja kepada pihak
berkepentingan seperti pekerja dan orang awam.
Sebaliknya, prestasi penyepaduan elemen ESG boleh diukur dan dijadikan penarafan kredit kemampanan bagi syarikat dan
pelabur.
PB2022144277.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (2MB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology > 650 Management & auxiliary services |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Faculties > Business Management |
Newspaper: | Dagang News |
Date: | 29 September 2022 |
Depositing User: | Bahagian Sumber Bercetak 2 |