Manfaat media sosial dalam bisnes online


Official URL: https://www.kosmo.com.my

Abstract

PADA masa ini, penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian tidak hanya terhad kepada perhubungan dan bersosial semata-mata. Untuk menjadi sebuah masyarakat yang berdaya saing, kita harus mengoptimumkan penggunaan aplikasi media sosial dalam pelbagai sektor
seperti pentadbiran, pendidikan dan perniagaan. Kemampuan untuk mengakses melalui aplikasi mudah alih (mobile web) dan kadar penembusan jalur lebar di Malaysia menjadi
faktor pendorong kejayaan perkembangan media sosial. Ini kerana, ia memiliki kualiti capaian maklumat yang maksimum walaupun diakses melalui telefon pintar. Perkembangan perniagaan online di negara ini bergantung kepada beberapa perkara seperti modal wang, infrastruktur dan kesediaan bekalan barangan serta perkhidmatan. Justeru itu, hubungan
jaringan sosial adalah suatu perkara yang penting dalam
keusahawanan berasaskan media sosial kerana ia dapat
meluaskan pemasaran produk yang ditawarkan dan mengenal
pasti peluang bagi mendapatkan sumber. Hubungan sosial turut dianggap penting dalam perniagaan online terutamanya dari segi pembentukan reputasi perniagaan yang baik seterusnya dapat menginsankan (mesra pengguna) sesuatu perniagaan itu. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan laman sosial sebagai perkara penting dalam perniagaan.
Media sosial memudahkan pengusaha atau para peniaga
untuk mengenal pasti cita rasa bakal pengguna produk mereka. Sasaran Penggunaan media sosial turut membolehkan maklumat produk keluaran sesuatu
syarikat itu sampai tepat kepada golongan sasaran.
Kewujudan sistem pemasaran tanpa sempadan ini akan
membuka banyak peluang jualan. Sebagai contoh, siapa
yang terfikir untuk menjual makanan tempatan seperti
budu, sambal bilis dan bawang goreng di peringkat
antarabangsa suatu masa dahulu? Namun, kini dengan adanya jaringan media sosial, semuanya itu telah direalisasi. Ini adalah hasil daripada penggunaan laman sosial yang mempunyai ramai pengguna berpotensi dan tanpa sempadan.
Hal ini akan membuka peluang jualan yang lebih besar
kepada pengusaha jualan atau peniaga. Bukan peniaga-peniaga kecil sahaja yang menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran mereka tetapi syarikat-syarikat besar juga
tidak ketinggalan. Dalam dunia tanpa sempadan ini, pendekatan media sosial menjadi fenomena dan penting kepada persekitaran perniagaan. Teknologi pemasaran media
sosial ini boleh diguna pakai oleh usahawan bagi memastikan
aktiviti pemasaran produk mereka dapat dipertingkatkan.
Secara tidak langsung, ia dijangka memberikan kesan
positif kepada penjenamaan syarikat usahawan terbabit
melalui penggunaan medium media sosial. Tambahan pula, faktor kebolehlihatan sesebuah laman media sosial syarikat adalah bergantung kepada maklumat dan isu yang dilontarkan. Bagi mendapatkan kesan penembusan jenama melalui media sosial, usahawan atau peniaga perlu menitikberatkan lima elemen penting iaitu interaksi, penghubung pautan, pengaruh, penganjuran dan
kesan. Ukuran boleh dibuat melalui pengiraan pengikut dan
jumlah pelawat atau kepuasan pelanggan. Sebagai contoh, penggunaan blog dalam kalangan usahawan media sosial yang menekankan kepada bilangan capaian trafik
pada setiap hari. Ini adalah penting bagi memastikan sama ada kebolehlihatan blog itu wujud dalam kalangan pengguna
internet. Strategi utama untuk berjaya dan lebih terkehadapan ialah berdasarkan kualiti maklumat, kualiti sistem dan kualiti
perkhidmatan yang ditawarkan menerusi platform ini.
Pengguna akan berubah daripada pelawat biasa kepada
pengguna yang setia disebabkan beberapa faktor yang disebutkan di atas. Impak Oleh itu, faktor penembusan
jenama boleh memberi impak yang besar kepada usahawan
melalui penggunaan aplikasi media sosial sebagai alat
pemasaran yang kompetitif. Media sosial merupakan
jaringan rangkaian sosial yang penting kepada industri
perniagaan kerana ia akan mempengaruhi strategi setiap
perniagaan apabila peniaga menggunakan platform ini
sebagai cara pemasaran. Ia juga lebih berkesan
berbanding dengan cara tradisional kerana peniaga
tidak perlu pergi ke sesuatu tempat atau berjumpa dengan
pelanggan sasaran bagi memasarkan produk atau
perkhidmatan, sekali gus menjimatkan masa. Cara pemasaran dalam media sosial juga semakin digemari oleh pengguna kerana memberi banyak faedah seperti menjimatkan masa dan kos. Kini, terpulanglah kepada para usahawan untuk
memanfaatkan media sosial dalam perniagaan.

[thumbnail of PB2016066490.pdf] Text
PB2016066490.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (590kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 000 Computer science, information & general works
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Kosmo
Page Range: p. 24
Date: 20 July 2016
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record