Fanatik jenama punca terlebih belanja


Official URL: https://www.kosmo.com.my

Abstract

JIKA ditanya bagaimana jenama memainkan peranan
dalam membuat keputusan untuk membeli terutamanya
pada Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai antara kita yang sanggup
berhabis wang bagi memastikan jenama kegemaran dimiliki.
Pada hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh
jenama antara faktor yang amat penting dalam mencorakkan
perbelanjaan harian pengguna. Masyarakat kita dikatakan
mudah terpengaruh dengan nilai sesuatu jenama. Apabila
sesuatu jenama terkenal berada dalam pasaran, maka
golongan ini akan berusaha untuk membelinya dan apabila
ia menjadi ikutan ramai, maka terbentuklah budaya
mengagungkan jenama dalam masyarakat kita. Selain seluar jean, pengguna juga ingin memiliki kemeja, baju-T, jam tangan dan kasut berjenama yang menjadi idaman mereka.
Corak perbelanjaan masyarakat terutamanya pada musim perayaan ini memperlihatkan kesanggupan mereka membelanjakan wang untuk mendapatkan sesuatu jenama yang diinginkan tanpa memikirkan kesan ke atas keadaan kewangan mereka. Pemberian wang bantuan untuk menghadapi musim perayaan tidak dimanfaatkan dengan bijak akibat daripada gejala perbelanjaan yang tidak
sihat ini. Ia akan memberi kesan yang buruk terhadap corak
perbelanjaan masyarakat iaitu mereka akan mengamalkan
sikap kurang bijak berbelanja dan tidak berkhemah.
Keadaan ini diburukkan lagi apabila ibu bapa memberi
kebebasan tanpa panduan
kepada anak-anak mereka
untuk pembelian barangan,
sekali gus mendorong generasi
muda mengamalkan pembelian
tidak sepatutnya.
Persoalannya, adakah had
kebebasan perbelanjaan dalam
kalangan anak-anak perlu diberi
perhatian dan tumpuan oleh
para ibu bapa?
Di sinilah pentingnya
peranan ibu bapa. Mereka harus menerangkan tentang
setiap sen yang dibelanjakan
dan apakah pulangan yang
diperoleh melalui pembelian
barangan berjenama ini.
Mereka juga perlu diberikan
panduan tentang cara dan
kaedah berbelanja yang
bijak agar setiap sen yang
dibelanjakan untuk sesuatu
barangan itu mendapat kualiti
yang setimpal.
Secara umumnya,
masyarakat kita perlu
didedahkan dengan pendidikan
asas kepenggunaan lebih-lebih
lagi dalam menghadapi musim
perayaan yang melibatkan
banyak pembelian tidak
terancang.
Pengaruh teman
Dalam pada itu, aspek
pengaruh teman-teman juga
turut memainkan peranan
penting.
Ini kerana, ramai dalam
kalangan masyarakat bersetuju
jika dikatakan barangan
berjenama dianggap sebagai
faktor pelengkap gaya kelompok
manusia.
Situasi itu juga menjadi salah
satu punca sindrom mengejar
barangan berjenama ini menular.
Individu akan cenderung
untuk menggunakan jenama
yang digunakan teman-teman
bagi menunjukkan sifat
kesatuan mereka.
Apa yang dibeli oleh temanteman mereka pasti akan
menjadi ikutan walaupun harga
barangan berjenama itu di luar
kemampuan.
Memandangkan pengaruh
teman-teman sekumpulan
amat kuat dalam mencorakkan
perbelanjaan, mereka
seharusnya membuat
pengawasan terhadap corak
perbelanjaan seiring dengan
jumlah pendapatan yang
mereka ada.
Dalam mengekang sindrom
mengejar jenama ini daripada
menular ke dalam masyarakat,
usaha untuk mencari punca
gejala terlalu mementingkan
sesuatu jenama dan corak
perbelanjaan yang tidak sihat
perlu dilakukan.
Sudah tiba masanya
kemahiran asas kepenggunaan
dipandang lebih penting dalam
sistem pendidikan di negara
kita.
Satu mata pelajaran khusus yang membincangkan tentang
kepenggunaan perlu diajar
di sekolah-sekolah mahupun
universiti.
Keahlian kelab-kelab
pengguna sekolah juga dilihat
dapat membantu generasi muda
menjadi pengguna yang lebih
bijak.
Justeru itu, untuk
memastikan aspek
kepenggunaan dipupuk
daripada peringkat awal umur
seseorang, asas kepenggunaan
harus ditetapkan dalam sistem
pendidikan negara kita.
Tanggapan bahawa pakaian
digayakan akan dipandang
orang sekeliling telah
mendorong individu itu terus
berbelanja besar walaupun
produk hampir sama boleh
didapati dengan harga yang
lebih murah.
Sebagai contoh, logo
jenama pada baju atau seluar
melambangkan cara hidup
seseorang dan cita rasanya
dalam bergaya.
Perlu ditekankan di sini
bahawa kebebasan, keunggulan,
gaya dan mutu hanyalah kualiti
atau sifat barang-barang itu dan
bukannya sifat pemakainya.
Janganlah terkeliru dengan
iklan dan jenama sahaja.
Bersama-samalah kita menjadi pengguna yang bijak

[thumbnail of PB2016066348.pdf] Text
PB2016066348.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (1MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 330 Economics
300 Social sciences > 330 Economics > 332 Financial economics
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Kosmo
Page Range: p. 24
Date: 13 July 2016
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record