Covid-19: Jurang pendidikan yang perlu diperhalusi - Pensyarah Kanan UiTM, Nurul Fatma


Abstract

Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi tahun ini, telah berlangsung hampir beberapa bulan lamanya (sehingga tarikh 14 September).

Walaupun kelas secara dalam talian telah dilalui pada tahun lepas, namun PdPR kali ini dirasakan berbeza kerana tuntutan kerja ibu bapa semakin bertambah berikutan kebanyakan organisasi pekerjaan sudah selesa dengan kemudahan dalam talian.

Maka, kebanyakan ibu bapa mengalami kesukaran untuk memberikan tumpuan yang lebih baik kepada proses pembelajaran anak-anak.

Di saat kemelut ibu bapa, terdapat segelintir pelajar yang didapati terjejas teruk dengan proses pembelajaran online ini.

"Pelajar dari keluarga B40 khususnya mengalami kesukaran untuk memberikan tumpuan PdPR disebabkan beberapa faktor iaitu faktor fasiliti dan sokongan ibu bapa"

Faktor fasiliti merupakan faktor utama di mana kebanyakan para pelajar tidak memiliki telefon pintar apatah lagi kemudahan komputer bagi memudahkan pembelajaran di rumah.

[thumbnail of PB2022146436.pdf] Text
PB2022146436.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (585kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 370 Education
Campuses: Selangor
Selangor > Puncak Alam Campus
Divisions: Faculties > Accountancy
Newspaper: Sinar Harian
Date: 14 September 2021
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak 2
Edit Item Record
Edit Item Record