Keistimewaan tradisi rumah terbuka


Official URL: https://www.kosmo.com.my

Abstract

SECARA tradisinya, masyarakat kita akan mengisi kemeriahan Syawal dengan mengadakan rumah terbuka ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri. Tradisi ini disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat kerana ia dilihat mampu mengeratkan ukhuwah dan silaturahim. Namun, konsep rumah terbuka ini perlu dikawal dan diurus dengan baik agar tidak berlaku pembaziran pada bulan yang mulia ini. Jika dilihat berdasarkan sikap saling hormatmenghormati dan semangat
toleransi tinggi yang dipamerkan masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini, bukan sahaja Hari Raya Aidilfitri tetapi kesemua perayaan boleh diraikan dalam keadaan aman dan harmoni. Konsep ini secara tidak langsung menyemarakkan lagi budaya saling mengunjungi rumah-rumah terbuka antara satu sama lain dalam suasana penuh meriah, kemesraan, kesepakatan dan muhibah, sekali gus meningkatkan kefahaman antara kaum. Tidak dapat dinafikan,
inilah keistimewaan Aidilfitri dalam bulan Syawal yang tidak
diperoleh pada bulan-bulan yang lain. Pada bulan inilah kita
dapat berjumpa dan berkenalkenalan selain bertemu
saudara yang jauh sambil bermaaf-maafan, sekali gus
melupakan persengketaan untuk dileraikan dengan ikatan
persaudaraan yang sejati. Simboliknya, rumah terbuka
ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk .memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim
termasuk jiran tetangga selain jambatan mengeratkan tali
persaudaraan dan ikatan perpaduan antara kaum ke
arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik serta harmoni.
Konsep Konsep rumah terbuka pada setiap perayaan ini merupakan sesuatu program yang murni sekiranya dilaksanakan mengikut lunas-lunas dan ajaran Islam yang mulia. Namun, apabila dilaksanakan dengan mengabaikan tuntutan syarak, maka ia tidak lagi menjadi ibadat sebagaimana yang diharapkan. Antara tujuan mengadakan
rumah terbuka ialah untuk menghidupkan amalan ziarahmenziarahi pada hari raya. Sebagaimana yang dimaklumi, amalan ini merupakan tradisi yang
disyariatkan dalam Islam. Kita perlu menitikberatkan
sifat penuh keikhlasan dalam menjayakan konsep rumah
terbuka ini. Apa yang lebih ziarah- menziarahi antara satu
sama lain seperti menziarahi orang tua, saudara-mara, kaum
kerabat, jiran, para guru dan sahabat-handai. Sebenarnya, ia tidak terbatas dengan adanya rumah terbuka atau pada hari raya tetapi ia perlulah dilakukan dari semasa ke semasa demi
mengukuhkan ikatan ukhuwah dan persaudaraan sesama kita.
Dalam meraikan kemuliaan Syawal melalui konsep rumah terbuka ini, kita juga dinasihatkan agar tidak berbelanja berlebih-lebihan untuk mengelakkan pembaziran dan mengawal pemakanan bagi menjaga kesihatan. Pengabaian kedua-dua faktor ini amat dititikberatkan dalam agama Islam.
Suatu idea yang menarik, dalam keadaan ekonomi yang berkembang sederhana dan harga barangan yang kurang memberangsangkan ini, terdapat trend terbaharu
rumah terbuka. Beberapa kejiranan di taman-taman perumahan berkongsi secara kelompok untuk mengadakan rumah terbuka dengan beberapa jiran tetangga. Mereka berpakat dan menghidupkan semula semangat bergotong-royong untuk menyediakan juadah bagi mengadakan rumah
terbuka secara berkongsi. Ini dapat mewujudkan suasana
yang sangat meriah. Di sesetengah tempat pula, rumah terbuka dianjurkan oleh kariah atau surau taman kediaman masing-masing. Kaedah ini dilaksanakan dengan masing-masing menyediakan masakan mengikut kepakaran mereka
dan membawa makanan sendiri (pot luck). Bermanfaat
Aktiviti ini turut diisi dengan pelbagai perkara bermanfaat seperti bacaan Yasin dan mendoakan mereka yang sakit agar segera sembuh serta supaya kawasan perumahan tersebut berada dalam keadaan aman damai. Dengan kata lain,
aktiviti yang dijalankan menghidupkan tradisi kampung walaupun mereka tinggal di bandar. Ini juga antara konsep rumah terbuka yang agak menarik. Itulah sebenarnya suasana
kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan supaya umat Islam mengeratkan silaturahim, saling bermaaf-maafan yang
tentunya memberikan kesan mendalam dan berpanjangan.
Jangan kita biarkan seruan-seruan perpaduan dan silaturahim itu tinggal sebagai ‘janji kosong’ dan retorik semata-mata.

[thumbnail of PB2016066254.pdf] Text
PB2016066254.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (1MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Kosmo
Page Range: p. 24
Date: 5 July 2016
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Edit Item Record
Edit Item Record