Pemimpin perlu peribadi unggul jika mahu dihormati


Abstract

Kepimpinan yang dihormati perlu dibentuk dan ditonjolkan bagi tujuan memberi contoh teladan kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara.

Jika nilai peribadi seorang pemimpin tercalar dengan pelbagai isu seperti salah guna kuasa, melakukan penindasan, menggunakan kedudukan bagi kepentingan peribadi, tidak produktif, tiada hala tuju dan idea, menyalahguna harta kerajaan untuk kegunaan peribadi dan sebagainya hanya akan menghilangkan rasa hormat dalam kalangan pekerja mahupun masyarakat awam.

Pemilihan pemimpin sama ada di dalam organisasi mahupun kepimpinan negara perlu diberi penilaian terhadap indeks peribadi yang unggul dengan mengambil kira indikator pencapaian di dalam mempamerkan keperibadian unggul seperti mampu memberikan inspirasi, meningkatkan keyakinan pengikut, mewujudkan persaingan sihat, mengaplikasikan ilmu kepimpinan, menjadi sumber rujukan, memiliki pertimbangan dan budi bicara yang luhur, komunikasi yang berkesan, membina hala tuju dan yang paling penting ialah menjadi pemimpin yang dihormati dan disegani oleh semua pihak di samping mempunyai reputasi yang baik di dalam mahupun luar negara.

Kini semua pihak boleh mengakses maklumat dengan mudah di media sosial dan sudah semestinya banyak komentar dan kritikan menjadi penilaian terhadap usaha yang dilakukan oleh seorang pemimpin.

Pemimpin yang dihormati akan sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan agar ianya tidak menjadi bahan kecaman rakyat.

Penting bagi seorang pemimpin mempamerkan keperibadian yang unggul dalam pelbagai aspek seperti kebijaksanaan menyusun strategi, mengambil pandangan akar umbi, membina keyakinan masyarakat awam serta komited untuk meneruskan agenda yang telah dijanjikan, menunjukkan sikap toleransi yang baik, mengurangkan sikap ego, membina inspirasi dan berusaha mencapai aspirasi di dalam mencapai kemakmuran bersama.

Justeru, kesediaan pemimpin untuk membina keupayaan dalaman merupakan resipi kejayaan dalam membentuk legasi sejarah yang akan dikenang dan diwarisi oleh pelapis kepimpinan yang akan datang.-UTUSAN

[thumbnail of PB2022147742.pdf] Text
PB2022147742.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (402kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Perlis > Arau Campus
Divisions: Faculties > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Newspaper: Utusan Malaysia
Date: 2 November 2022
Depositing User: Bahagian Sumber Bercetak
Edit Item Record
Edit Item Record