Potensi perniagaan selepas Ramadan


Official URL: https://www.kosmo.com.my

Abstract

JIKA kita lihat, ramai orang yang tidak pernah berniaga mula berjinak-jinak dengan aktiviti jual beli sepanjang bulan Ramadan ini. Mereka menggunakan rezeki Allah yang melimpah ruah ini untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Semangat untuk berniaga dalam kalangan masyarakat
ini sangat baik dan diharap ia berpanjangan selepas bulan
Ramadan yang mulia ini. Kalau kita hanya bersandarkan pada bazar Ramadan sebagai faktor penggalak dan pemangkin
semangat untuk berniaga, maka sudah tentu apabila
bulan Ramadan berlalu, peniaga-peniaga yang tumbuh
bagai cendawan selepas hujan itu akan lenyap. Perniagaan ini mungkin boleh diteruskan dengan mengubah cara dan kaedah perjalanan untuk disesuaikan sepanjang tahun.
Contohnya, ada sesetengah peniaga kecil yang mula
berniaga di bazar Ramadan meneruskan operasi secara
kecil-kecilan di hadapan rumah sendiri untuk memenuhi masa
terluang. Tidak kurang juga peniaga yang mengubah bisnes mereka kepada perniagaan online. Setiap individu yang
memulakan perniagaan pada Ramadan ini tidak harus
melihat perniagaan mereka sebagai satu aktiviti bermusim
tetapi menganggapnya sebagai satu ibadah yang mulia bagi
umat Islam. Ini kerana, ia mampu menjana pendapatan
sampingan bagi menyara keluarga dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu ini. Mereka perlu melihat, setiap perniagaan mempunyai kekuatan yang dapat memberikan keuntungan kepada individu yang melibatkan diri baik secara
spiritual mahupun ekonomi. Atas dasar itu, semangat dan roh berniaga yang mula tumbuh pada Ramadan perlu ada kelangsungannya. Apa yang paling penting, peniaga-peniaga baharu ini perlu mengumpul dan mengukuhkan semula
semangat mereka untuk berniaga setelah bercuti seketika pada Hari Raya Aidilfitri. Jati diri dalam kalangan peniaga baharu ini amat penting bagi menghindari mereka daripada terus berada pada zon selesa, sekaligus hilang semangat untuk meneruskan perniagaan selepas Aidilfitri. Antara kekuatan peniaga peniaga baharu ini untuk meneruskan perniagaan ialah mereka mula mempunyai pelanggan tetap dan kekuatan produk yang dibina semasa berniaga pada Ramadan ini. pelanggan setia Bagi peniaga yang bijak,
sudah tentu peluang berniaga pada Ramadan ini digunakan
untuk meramaikan kenalan dan penembusan maklumat yang
maksimum bagi mengukuhkan jumlah pelanggan. Apa yang menyedihkan, kebanyakan peniaga kecil ini melakukan perniagaan yang tidak terancang, seolah-olah mereka hanya ingin berniaga mengikut musim. Mereka gagal merancang dengan baik terutamanya hala tuju perniagaan setelah Ramadan berakhir. Bagi peniaga kecil-kecilan yang baru menceburi bidang perniagaan, mereka harus menggunakan peluang itu untuk mempromosi barangan dan memberi maklumat kepada pelanggan bagaimana mereka boleh dihubungi di luar bulan Ramadan Selepas sebulan berniaga,
peniaga-peniaga kecil harus membentuk satu rantaian
pengguna atau pelanggan yang setia terhadap produk mereka. Ini membolehkan peniaga peniaga kecil itu meneruskan operasi mereka di luar Ramadan. Contohnya, bagi peniaga makanan, mereka boleh mempromosikan
perkhidmatan jamuan makan untuk rumah terbuka dan
kenduri. Bagi yang menjahit pakaian pula, inilah masanya untuk mempromosikan perkhidmatan istimewa yang mampu
ditawarkan kepada pelanggan dalam usaha mengekalkan
perniagaan. Sebagai peniaga baharu, inilah masa yang sesuai untuk belajar memperbaiki mutu perkhidmatan dan barangan
jualan kerana pelanggan datang membeli hampir setiap
hari sepanjang bulan Ramadan ini. Jumlah pelanggan juga
agak ramai, sekaligus memberi peluang kepada mereka menerima pelbagai jenis pendapat yang pastinya
mampu meningkatkan mutu barangan mereka. Ini akan menjadikan peniaga-peniaga kecil itu lebih berdaya saing apabila Ramadan berlalu pergi. Para pelanggan yang datang
daripada pelbagai golongan dan lapisan masyarakat akan
menjadikan peniaga-peniaga kecil ini lebih mengenali
potensi perniagaan mereka. Kelangsungan masa depan
perniagaan yang wujud sempena Ramadan yang mulia ini memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat dan negara. Situasi itu membantu
masyarakat dan negara menambah pendapatan serta
kelompok tertentu untuk keluar daripada kepompong
kemiskinan. Semoga semangat untuk berniaga dalam kalangan masyarakat akan kekal dan semakin subur selepas Ramadan ini.

[thumbnail of PB2016066158.pdf] Text
PB2016066158.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (1MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: Business
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Kosmo
Page Range: p. 24
Date: 29 July 2016
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record