Abstract
WALAUPUN baru sahaja menyambut Ramadan, kita tidak dapat lari daripada berbicara tentang kemeriahan lebaran
yang bakal menjelma. Rakyat Malaysia yang lahir sebelum
zaman ledakan teknologi maklumat pasti merindui sambutan 1 Syawal pada zaman kanak-kanak dahulu. Masih segar dalam ingatan, mereka bertandang ke rumah penduduk kampung
yang dikenali atau tidak bersama rakan rakan. Keseronokan lain sudah semestinya ketika mendapat duit raya daripada tuan rumah yang dikunjungi. Masa itu, anak-anak tidak disogokkan dengan alatan elektronik canggih dan siaran
televisyen. Kehangatan hari raya lebih bermakna untuk disambut bersama rakan rakan yang sentiasa melakukan kunjungan ke rumah-rumah jiran. Kini, kemajuan teknologi telah mengubah corak dan kemeriahan sesuatu perayaan itu.
Kita juga tidak pasti adakah kanak kanak zaman ini masih berpeluang untuk menyambut hari lebaran seperti suatu masa
yang lalu. Revolusi Jika tidak, ia merupakan satu situasi
yang merugikan. Segala-galanya mungkin disebabkan oleh perubahan zaman yang kini lebih banyak dipengaruhi kemajuan teknologi sehingga mencetuskan satu revolusi dalam gaya hidup masyarakat. Apa yang dapat diperhatikan, masyarakat kini lebih gemar beraya di rumah sambil
menonton pelbagai aneka rancangan hiburan
di televisyen. Tidak ketinggalan, mereka juga lebih suka
mengucapkan salam Hari Raya Aidilfitri kepada rakan dan sanak saudara menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel. Mereka turut dibuai keseronokan dengan
melayari Facebook yang segala-galanya mudah, ringkas dan cepat. Bagaimanapun, perkembangan teknologi yang serba canggih itu dilihat masih mampu membawa pelbagai perspektif positif. Dunia maya yang semakin berkembang
dengan pelbagai aplikasi seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp itu memudahkan seseorang untuk menghubungi ahli keluarga terdekat serta sahabat handai. Mengekalkan keakraban komunikasi dengan orang terdekat pada era teknologi maklumat akan menjadi lebih mudah. Dua
individu yang terpisah jauh juga mampu menyuburkan silaturahim. Dalam dunia yang serba maju ini, keperluan komunikasi jarak jauh banyak dilakukan melalui media sosial walaupun, ada yang mendakwa, kemajuan teknologi ini
juga melahirkan ungkapan ‘mendekatkan orang yang jauh dan menjauhkan orang yang dekat’. Ledakan teknologi maklumat yang luar biasa menyebabkan seseorang itu lupa
kaedah berinteraksi terus dengan orang orang terdekat termasuk ahli keluarga. Interaksi yang terbaik untuk tingkatkan keakraban antara orang tua, kanakkanak
dan teman-teman adalah dengan mewujudkan rasa empati yang tinggi semasa bersua muka. Cuba kita bayangkan, adakah masyarakat mampu memisahkan individu dengan telefon canggih mereka sewaktu melakukan aktiviti
kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah pada Hari Raya Aidilfitri ini? Kita masih memerlukan telefon pintar sewaktu menikmati juadah hari raya di meja dan gagal memberikan perhatian pada tutur bicara sahabat handai kita.
Situasi ini akan menyebabkan hubungan yang sepatutnya menjadi akrab semakin renggang. Walaupun dalam keadaan berkumpul mesra, masyarakat kita seolah-olah kelihatan sibuk dengan urusan masing masing dan gagal meningkatkan empati sesama manusia. Sebagai manusia yang mempunyai taraf pendidikan dan intelektual yang baik, kita tidak boleh terus menyalahkan kemajuan teknologi jika kualiti hubungan interpersonal semakin merosot. Namun, perkembangan teknologi pada hari ini harus diurus dengan baik agar
kemeriahan musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri tidak tercemar. Setiap individu harus bijak memberikan
waktu yang berkualiti untuk menjalin hubungan emosi sesama manusia. Sebelum wujudnya teknologi maklumat yang canggih ini, menjaga hubungan dengan seseorang jauh lebih mudah, bahkan berkumpul bersama keluarga, sahabat
handai, rakan taulan, jauh lebih selesa. Kita saling berkongsi cerita pahit manis sepanjang tahun tanpa sibuk dengan alatan
elektronik masing-di tangan masing. Adalah menjadi harapan agar masyarakat hari ini dapat mengurus kemajuan sedia ada
untuk mengekalkan tradisi yang murni dan luhur supaya kita memiliki kehidupan sosial yang baik. Masyarakat kita tidak menjadi masyarakat yang obses, paranoid dan ketagih
untuk berkomunikasi di alam maya. Ungkapan perkembangan teknologi canggih kini menjadi punca perpaduan keluarga dan persaudaraan renggang harus dikikis menjelang Hari Raya Aidilfitri ini. Apabila hidup sendiri hilang kawan, persaudaraan dan tidak tahu membawa diri, akhirnya perhubungan sosial menjadi tawar dan hambar. Teknologi maklumat merupakan ejen perubahan kepada gaya hidup masyarakat yang telah banyak merubah hidup manusia. Teknologi pada dasarnya adalah untuk memudahkan sesuatu. Jika teknologi ini digunakan dengan niat yang betul, maka ia akan membawa
manfaat dan kesejahteraan hidup tetapi jika disalahgunakan, ia akan membawa kepada perkara yang sia-sia serta merugikan. Fikirkan bersama tentang perlunya kita meletakkan keluarga, sahabat dan orang yang disayangi sebagai nombor satu. Berikan sepenuh perhatian dan waktu yang berkualiti pada musim perayaan ini apabila bersama
mereka. Letakkan alatan elektronik di tepi sebagai
nombor dua. Bicaralah daripada hati ke hati dan kongsi isi hati dengan orang yang kita sayangi.
PB2016066037.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only
Only UiTM students and staff can get the full text of the article by clicking on request a copy. A copy of the full text will be sent via the applicant's email.
Click to Download (1MB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 300 Social sciences > 390 Customs, etiquette & folklore |
Campuses: | Kelantan Kelantan > Kota Bharu Campus |
Newspaper: | Kosmo |
Page Range: | p. 24 |
Date: | 15 June 2016 |
Depositing User: | Aida Mustapha (Kota Bharu) |
Related URLs: |