Ramadan punca rezeki peniaga kecil


Official URL: https://www.kosmo.com.my

Abstract

KETIBAAN bulan Ramadan sentiasa dinantikan pada
setiap tahun. Selain memberi ruang kepada umat Islam
untuk meningkatkan ketakwaan mereka kepada Allah, ia turut
menjadi bonus kepada peniaga kecil dan individu yang baru
menceburi bidang perniagaan. Kemeriahan Ramadan jelas
kelihatan di seluruh dunia apabila terdapat ramai peniaga yang berniaga terutamanya menjual juadah berbuka puasa seperti beraneka kuih-muih, lauk-pauk dan pelbagai jenis minuman serta makanan ringan. Di setiap daerah atau tamantaman perumahan, orang ramai disajikan dengan pelbagai jenis juadah berbuka puasa menerusi
bazar-bazar Ramadan yang beroperasi seawal pukul 4.00
petang. Apa yang menariknya, ramai dalam kalangan peniaga-peniaga bazar Ramadan ini terdiri daripada golongan remaja.
Walaupun perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan,
semangat mereka untuk berdikari dan mencari rezeki seharusnya diberi pujian. Ada juga dalam kalangan
peniaga ini berniaga secara bermusim untuk mencari
pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan pada
hari raya nanti. Selain itu, ada yang melakukannya sekadar mengisi masa lapang dan mahu belajar berniaga.mereka, sikap itu selayaknya disanjung tinggi kerana dalam
agama Islam sendiri pun, kita digalakkan mencari rezeki yang
halal dengan berniaga. Hasil daripada pendapatan itu lebih
baik daripada meminta-minta. Kewujudan bazar-bazar pada
bulan Ramadan ini memberi banyak kemudahan terutamanya
bagi suami isteri yang bekerja dan orang bujang.
Hanya tunjuk itu dan ini, bungkus dan bawak balik serta
tunggu waktu berbuka. Namun, jika membeli makanan sematamata untuk mengisi perut sendiri, manfaatnya cuma untuk diri sendiri dan pahala pun sendirisendiri.
Budaya bazar Ramadan tidak pasti bila bermulanya dalam
kalangan masyarakat kita. Pada zaman dahulu, tidak ada bazar
Ramadan seperti hari ini. Makanan yang disediakan untuk berbuka bagi sesebuah keluarga selalunya dimasak sendiri di rumah. Bertukar hidangan Kini, amalan tradisi masyarakat kita suatu ketika dahulu iaitu bertukar-tukar hidangan dengan jiran tetangga lenyap ditelan arus zaman. Menu yang dimasak satu jenis sahaja tetapi apabila tiba waktu berbuka, ada berbelas jenis masakan di atas meja. Itulah kenikmatan yang terdapat pada bulan Ramadan. Selain dapat menikmati makanan, ia mampu menambah keakraban sesama jiran tetangga. Budaya seperti ini semakin terhakis mengikut perubahan zaman. Sekarang, orang lebih suka berbelanja membeli juadah berbuka puasa di bazar-bazar Ramadan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Di negara ini, pihak
Walau apapun matlamat kerajaan melalui agensi yang bertanggungjawab memberikan galakan dan bantuan agar budaya berniaga berkembang sihat serta lebih teratur.
Pihak berkuasa tempatan bertindak menyediakan tapak
yang sesuai dan selesa untuk para peniaga kecil serta kemudahan para pengunjung. Pihak kerajaan turut bermurah
hati menyediakan kemudahan tempat berjaja dengan kadar
sewa yang murah dan tidak membebankan peniaga. Selain itu, ada juga agensi kerajaan yang menyediakan pinjaman mikro jangka pendek untuk para peniaga yang mengalami masalah kekurangan modal membuat pinjaman sempena bulan Ramadan ini. Bagi memastikan kebajikan pelanggan terjaga, pihak berkuasa tempatan tidak pernah berkompromi dengan
masalah kebersihan di kawasan perniagaan itu. Jika diteliti dengan lebih dekat lagi, terdapat peningkatan jumlah
bazar Ramadan dari tahun ke tahun, ia semakin bertambah dan memberi banyak pilihan kepada pengunjung untuk memenuhi cita rasa mereka. Saban tahun, pengurusan
bazar Ramadan semakin teratur, sekali gus memberi lebih
kemudahan kepada pengunjung. Akibat daripada persaingan
yang sengit inilah, peniaga perlu menjaga kualiti dan harga makanan yang ditawarkan kepada pembeli. Setiap bazar Ramadan pasti ada keunikan yang tersendiri agar ia sentiasa menjadi tumpuan pengunjung setiap kali tibanya bulan yang mulia ini. Ada sesetengah pengunjung suka membeli di bazar Ramadan yang biasa dikunjungi tetapi tidak kurang juga individu yang mencuba sesuatu lokasi baharu. Keistimewaan bazar Ramadan selalunya terletak pada menu dan harga yang ditawarkan untuk memikat hati pelanggan. Keikhlasan peniaga membantu memudahkan para Muslimin menjalani ibadah puasa seharusnya dihargai kerana sikap itu akan membantu melariskan jualan mereka. Seiring dengan perkembangan
pesat bazar Ramadan ini, ratarata pembeli masih lagi berpuas
hati dengan kualiti dan rasa makanan yang dijual. Di sebalik kemurahan rezeki pada bulan yang mulia ini, peniaga bazar Ramadan diingatkan supaya tidak mengabaikan kebersihan.
Mengawal nafsu Bazar Ramadan yang menarik dan bersih akan dikunjungi pembeli. Situasi itu memaksa para peniaga mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi secara keseluruhan termasuk makanan yang dijual, pakaian dan kebersihan diri peniaga serta kawasan berniaga. Dengan adanya komitmen yang berterusan dan rasa tanggungjawab, peniaga bukan sahaja dapat menambahkan rezeki tetapi mengekalkan alam sekitar yang bersih. Sementara itu, pembeli
pula harus pandai mengurus kewangan mereka, merancang
apa yang perlu dibeli dan mengawal hawa nafsu sehingga
berlaku pembaziran di bulan yang mulia ini. Oleh itu, gunakanlah segala kebaikan itu untuk tujuan yang
mulia, bukannya mengambil kesempatan daripadanya.
Hanya mereka yang benarbenar mengerti akan merasai
manfaat Ramadan yang membawa sejuta rahsia ini.

[thumbnail of PB2016066030.pdf] Text
PB2016066030.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (269kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 330 Economics
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Kosmo
Page Range: p. 24
Date: 11 June 2016
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record