Ar-Rahnu modal terbaik mula bisnes


Official URL: https://www.kosmo.com.my

Abstract

DALAM situasi ketidaktentuan ekonomi akibat daripada kejatuhan mata wang fiat di Barat, sebilangan rakyat Malaysia
menukarkan sebahagian daripada harta mereka dalam
bentuk emas dan perak kerana kedua-dua logam berharga itu
dikatakan kalis inflasi. Fenomena itu turut menyumbang kepada keadaan yang menyebabkan peti deposit simpanan bank-bank di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mendapat sambutan yang menggalakkan. Cerdik pandai ekonomi terutamanya pelabur muda merupakan golongan utama
yang agak agresif dalam penggunaan emas sebagai
modal permulaan perniagaan berbanding datuk nenek kita
yang menyimpan emas secara pasif sejak berzaman dahulu.
Pensyarah Ekonomi, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti
Teknologi Mara, Kampus Kuala Pilah, Siti Hajar Md. Jani berkata, golongan itu menggunakan sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) sebagai alat manipulasi demi mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda berbanding cara yang
dipraktikkan ibu, bapa, datuk dan nenek mereka. “Sebelum berbicara lanjut tentang Ar-Rahnu, kita kaji dahulu asal usul sistem pajak gadai Islam itu. “Antara faktor utama yang
menjadi pemangkin kepada perkembangan Ar-Rahnu pada
masa ini ialah masalah yang wujud dalam pinjaman mikro
kredit di negara ini. “Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak serta syariat Islam,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini. Pada masa dahulu, emas dan kedai pajak menjadi simbolik
kepada golongan wanita. Sebagai barang perhiasan, emas akan dipajakkan andai berlaku kekurangan wang dalam kehidupan. Apabila menyebut sahaja kedai pajak, terbayang
kesusahan yang sedang dialami oleh seseorang itu. “Bagaimanapun, ia berbeza dengan golongan wanita di
Kelantan kerana mereka memajakkan emas sebagai
modal permulaan untuk berniaga. “Pada waktu pagi, mereka
memajakkan emas untuk mendapatkan modal bagi membeli bahan-bahan perniagaan. Mereka berniaga sehingga petang. Habis sahaja berniaga, mereka akan menebus semula dengan
membayar pinjaman yang diambil berserta kadar upah
menggunakan hasil jualan tadi. “Budaya ini hanya popular
di Kelantan pada satu ketika dahulu,” katanya. Dosa riba
Hasil perkembangan ilmu ekonomi Islam, Pajak Gadai
Islam pertama ditubuhkan pada 19 Mac 1992 iaitu Ar-Rahn
Permodalan Kelantan Bhd. (PKB). Ia adalah salah satu usaha
pemerintah Kelantan ketika itu bagi menyelamatkan rakyat
daripada dosa riba penggunaan pajak gadai konvensional.
Beberapa tahun selepas itu wujud beberapa pajak gadai
Islam yang lain antaranya, Ar- Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu
Exchange (francais Bank Rakyat), Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Yapeim, Ar-RAhnu Pos Malaysia, Ar Rahnu Koperasi Tentera dan terkini, Ar-Rahnu Express Habib Jewels yang hanya terdapat di Habib Jewels terpilih. Umumnya, Ar-Rahnu
merupakan satu cara untuk mendapatkan pinjaman segera tanpa penjamin dan dapat mengurangkan risiko pinjaman.
Kadar upah simpan yang rendah juga menjadikan ia satu
alat bantuan kewangan yang paling meringankan beban
pinjaman terutamanya bagi mereka yang baru berjinak
dengan perniagaan. Namun, sebelum melakukan
pajakan atau mendapatkan pinjaman, terdapat hak-hak
yang perlu diketahui oleh pelanggan bagi menentukan
jumlah pinjaman yang akan diperoleh dan pajakan mereka
terjamin. Antara hak-hak yang perlu diketahui ialah berat (gram) emas yang hendak digadai, mutu emas sama ada 999 atau 24 karat; 916 atau 20 karat dan 835 atau 18 karat.
Semakin rendah mutu emas itu, semakin rendah nilai emas
dan semakin rendah pinjaman yang akan diperoleh. Jadi,
mengikut mutu emas, nilai bagi emas 999 adalah paling tinggi. Selain itu, nilai emas semasa atau dikenali sebagai nilai
marhun, peratus pinjaman iaitu antara 50 peratus, 65 peratus
sehingga 75 peratus bagi gadaian pertama. Bagi gadaian kali kedua, nilai peratus yang boleh dipinjam berdasarkan gram emas akan dinaikkan. Peratusan itu berbeza antara pusat atau
kedai Ar-Rahnu manakala kadar upah simpan iaitu antara
0.50 peratus hingga 0.80 peratus dan kadar ini berbeza
antara pusat Ar-Rahnu. Seterusnya, bagi melangsaikan pinjaman di atas, ia bergantung pada jumlah pinjaman pokok,
tempoh simpan iaitu daripada enam bulan hingga 36 bulan
mengikut kedai Ar-Rahnu yang dipilih dan upah simpan yang turut berbeza antara Ar- Rahnu. Siti Hajar memberitahu,
perkembangan perkhidmatan Ar-Rahnu yang menawarkan
kadar upah simpan yang rendah dan jaminan keselamatan ke atas barang gadaian, skim perkhidmatan gadaian secara Islam itu mendahului pinjaman mikro kredit bagi tujuan peniaga
kecil mendapatkan kemudahan modal pusingan. Pulangan modal Pendapatan utama penyedia perkhidmatan Ar-Rahnu
datangnya daripada upah simpan (99 peratus) diikuti
dengan caj perkhidmatan dan yuran pemprosesan. “Perniagaan ini memberi pulangan modal yang sangat
cepat iaitu antara enam bulan hingga tiga tahun sahaja.
“Lima faktor utama penentu kejayaan perkhidmatan
Ar-Rahnu ialah keyakinan pelanggan terhadap penyedia
perkhidmatan, kemahiran menilai emas yang terkini,
kadar upah simpan yang rendah, mempunyai sistem
operasi dan keselamatan yang baik dan modal pusingan yang
mencukupi. “Faktor-faktor ini telah mendorong usahawan
kecil untuk menggunakan perkhidmatan Ar-Rahnu secara lebih kompetitif dalam persaingan. “Daya saing yang dimiliki
hasil daripada penggunaan sistem Ar-Rahnu ini akan menambah kepercayaan pelanggan. Kadar upah simpan
yang kompetitif, mudah dan cepat berurusan, adil dan telus
serta layanan yang mesra juga menjadi faktor pendorong
kepada kejayaan perkhidmatan pajak gadai Islam ini,”
tambahnya. PEJABAT POS turut menawarkan
perkhidmatan Ar-Rahnu selain menjual setem atau membayar
bil-bil semasa.

[thumbnail of PB2016065768.pdf] Text
PB2016065768.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (1MB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: Business
Campuses: Kelantan
Kelantan > Kota Bharu Campus
Newspaper: Kosmo
Page Range: p. 24
Date: 21 May 2016
Depositing User: Aida Mustapha (Kota Bharu)
Related URLs:
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record