Abstract
KETIKA generasi pada era globalisasi hari ini berlumbalumba
mengejar kejayaan, tidak dinafikan kemajuan teknologi menjadi pemangkin kepada kemajuan sesuatu masyarakat itu.
Seiring dengan perkembangan itu, kehadiran platform digital seperti internet memainkan peranan yang besar dalam kehidupan harian baik daripada aspek sosial, pendidikan dan perniagaan. Perkembangan itu membuka dimensi baharu
dan kesempatan tersebut dimanfaatkan oleh pengeluar
telefon pintar serta tablet yang kini menjadi satu kemestian
dalam kehidupan manusia Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara, Kampus Puncak Alam, Selangor, Afizan
Amer berkata, media sosial antara platform digital yang
membolehkan seseorang itu berinteraksi dengan individu
lain di serata dunia. “Jika media tradisional menggunakan bahan bercetak dan stesen penyiaran, media baharu pula melibatkan penggunaan internet. “Medium ini mendorong
individu untuk berkomunikasi kerana ia memberi peluang
penglibatan secara terbuka menyampaikan komen dan
berkongsi maklumat dengan cepat. “Media sosial merupakan
sejenis perisian komputer yang menjadi pemangkin
berinteraksi sesama manusia dalam dunia siber. Antara yang
terkenal dan menjadi tumpuan pengguna terutamanya
golongan remaja ialah Facebook, Twitter, Instagram
dan MySpace,” katanya. Afizan menambah, media
sosial akan memberi kesan negatif kepada masyarakat
apabila generasi muda mula melihat ia sebagai sumber
informasi dan rujukan utama tanpa meneliti kesahihan
sesuatu maklumat itu berbanding media tradisional
seperti surat khabar, televisyen dan radio.
Penggunaan media sosial seperti itu mempunyai banyak
implikasi negatif yang harus diberikan perhatian oleh semua
pihak. Penggunaan media sosial tanpa panduan, pendidikan
dan kawalan yang betul akan menjadikan seseorang itu leka
serta membazir masa. Sesetengah ahli masyarakat
terutamanya golongan muda yang tertarik dengan
pembangunan media sosial itu akan menghabiskan masa
berjam-jam untuk menelaah semua bahan yang terdapat
dalam laman itu. Mendidik Satu mekanisme kepenggunaan diperlukan untuk mendidik mereka agar dapat mengoptimumkan penggunaan media sosial itu. “Pengguna harus melihat perkembangan kemajuan teknologi yang menjadi pemangkin kepada penggunaan media sosial itu sebagai sesuatu yang bersifat pemudah cara dalam kehidupan mereka, sekali gus mengikis persepsi individu yang melihat ia sebagai wadah baharu bagi mengisi kekosongan hidup mereka. “Apabila golongan muda gagal mentakrif kegunaan
media sosial melalui pendidikan, mereka akan gagal memanfaatkan perkembangan teknologi itu secara efisien dan
efektif. Ia akan menyebabkan produktiviti seseorang yang
berbakat itu menjadi tidak produktif,” katanya. Bagaimanapun, Afizan menjelaskan, keburukan media sosial itu juga dikaitkan
dengan amalan pendedahan hal peribadi seseorang.
Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan orang lain
akan mendedahkan pelbagai kelemahan individu yang
dibenci itu dengan tujuan untuk memalukan mereka.
Tindakan negatif seperti itu menjadi satu kebiasaan dan ia
membawa kepada kes jenayah apabila mangsa membuat
laporan polis. Lantaran itu, ada pihak yang mendesak supaya media sosial dikawal lebih ketat agar amalan mendedahkan hal peribadi tersebut tidak menjadi satu kelaziman. Tambahan pula, ada pengguna media sosial itu mencetuskan isu sensitif yang berupaya menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat majmuk. Sudah banyak tulisan berunsur perkauman dan mengkritik dasar kerajaan yang disiarkan menerusi media sosial menimbulkan kemarahan pihak
berkuasa. Kehidupan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini begitu mudah terganggu dan kritikan berunsur perkauman mampu mencetuskan pergaduhan besar. Namun, kajian juga membuktikan bahawa media sosial mempunyai impak positif seperti menjadi platform masyarakat meluahkan Tambah kenalan Malah, masyarakat yang sering melayari media sosial juga akan mempunyai ramai kenalan tanpa disedari. Ini kerana, media sosial menerima permohonan
semua pengguna di dunia tanpa sebarang sekatan yang
menyebabkan sesiapa sahaja boleh menghubungi mana-mana pihak yang dikehendaki. Situasi itu menyebabkan
pengguna mempunyai beribu ribu sahabat dengan hanya satu
sentuhan. Sudah tentu media sosial boleh digunakan sebagai
alat untuk memperoleh lebih ramai kenalan. Kesimpulannya, semua implikasi yang dibicarakan di atas membuktikan bahawa media sosial mempunyai kesan positif dan negatif.
Semua pihak terutamanya ibu bapa perlu mengubah persepsi mereka terhadap penggunaan media sosial kerana sekali air bah, sekali pantai berubah yang membuktikan perubahan
itu akan berlaku mengikut peredaran zaman. Golongan muda pula perlu bijak menilai penggunaan media sosial itu supaya ia tidak digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Sudah sampai masanya, semua pihak merenung dan memahami bahawa media sosial akan terus wujud serta digunakan oleh masyarakat sejagat. Golongan muda perlu bijak menilai penggunaan media sosial supaya ia tidak digunakan untuk tujuan yang tidak baik.
PB2016065723.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (153kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology 600 Technology > 607 Education, research & related topics |
Campuses: | Kelantan Kelantan > Kota Bharu Campus |
Newspaper: | Kosmo |
Page Range: | p. 24 |
Date: | 30 April 2016 |
Depositing User: | Aida Mustapha (Kota Bharu) |
Related URLs: |