Wujud perlindungan sosioekonomi menyeluruh hadapi 'gempa usia'


Abstract

Dunia mengalami perubahan demografi dramatik dikenali sebagai 'gempa usia'. Trend penuaan penduduk dibincangkan kerana isu ini bersifat global dan memerlukan perancangan rapi bagi mendepaninya.

Isu kenaikan peratusan penduduk semakin tua selalunya dibincangkan bersama elemen seperti peningkatan kadar jangka hayat, penurunan kadar kesuburan dan kadar kematian penduduk.

Peningkatan warga emas juga berkemungkinan membawa kenaikan dalam perbelanjaan operasi kerajaan. Negara terpaksa membuat pinjaman sama ada dalam atau luar negara jika perbelanjaan banyak ditumpukan kepada kos untuk memberi jaminan keselamatan kepada warga emas.

Antara kebimbangan harus diberikan perhatian adalah berkaitan wang simpanan untuk meniti kehidupan pada masa hadapan. Individu tidak mempunyai atau kekurangan wang simpanan mengharungi hari tua akan berhadapan masalah besar, termasuk kepada orang di sekeliling.

Edit Item Record
Edit Item Record