Selera Orang Asli


Abstract

Benar kata orang, budaya, cara hidup dan makanan tidak boleh dipisahkan. Minggu lepas selama dua hari satu malam saya berkesempatan menyertai khidmat masyarakat yang dianjurkan oleh Fakulti Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang. Program tersebut berlangsung di perkampungan Orang Asli Kampung Bukit Asu yang terletak di Pangkalan Hulu, Perak. Para peserta terdiri daripada pensyarah dan staf seramai 60 orang. Antara objektif program ini adalah menghulurkan bantuan dan menyelami gaya hidup masyarakat Orang Asli selain memberi informasi dan aktiviti berguna kepada masyarakat berkenaan dengan menjalankan aktiviti sukaneka dan tayangan video.

Edit Item Record
Edit Item Record