Mengharap perubahan UMNO


Abstract

APAKAH terdesak sungguh UMNO ketika ini sehingga mahu mencadangkan Datuk Seri Najib Tun Razak kembali memimpin semula parti itu? Selepas Khamis lalu, ada segelintir pemimpin UMNO yang mahu Najib kembali mengetuai UMNO dan menaikkan semangat ahli parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Kenyataan itu sememangnya tidak mengejutkan, namun dari sudut pandang yang lain, ia jelas mengukuhkan lagi beberapa perkara yang dikaitkan dengan kepimpinan parti itu selama ini. Pertama, UMNO nampaknya masih belum yakin dengan kepimpinan sedia ada. Kedua, cadangan itu seolah-olah menunjukkan UMNO masih belum mempunyai hala tuju, celaru dengan realiti politik semasa dan masih kental dengan budaya politiknya yang dikuasai elit. Tidak dinafikan ketika ini Najib sangat popular. Beliau juga memiliki pengalaman dan banyak membuat jasa ketika menjadi Presiden UMNO serta Perdana Menteri. Namun, kewibawaan dan reputasi parti jauh lebih penting melebihi mana-mana individu. Kepimpinan sepatutnya bersama sepakat membina reputasi dan kewibawaan parti dengan membentuk hala tuju yang jelas, bukannya mencadangkan seseorang yang telah diberi peluang mengemudi parti hanya semata-mata beliau masih popular dan jasanya yang lampau.

[thumbnail of PB2021119708.pdf] Text
PB2021119708.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (218kB) | Request a copy
Item Type: Newspaper
Subjects: 300 Social sciences
300 Social sciences > 320 Political science
Campuses: Negeri Sembilan > Seremban 3 Campus
Divisions: Faculties > Administrative Science and Policy Studies
Newspaper: Sinar Harian
Date: 17 April 2021
Depositing User: Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah)
Languages: Malay
Edit Item Record
Edit Item Record