Mencari Petani Moden ... Sebab Orang Muda Kurang Mahu Berbakti Pada Tanah


Abstract

Sejak negara mencapai kemerdekaan, pertanian adalah antara sektor penting dalam menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Namun, peratusan sumbangan sektor itu kepada ekonomi negara semakin berkurangan sejak beberapa dekad lalu disebabkan oleh perkembangan sektor industri dan perkhidmatan. Namun, sektor pertanian senantiasa dilihat penting kerana ia dapat mengurangkan masalah struktur ekonomi seperti isu pengangguran, sekuriti makanan dan juga kemiskinan.

Seperti yang berlaku di kebanyakan negara, sektor pertanian seringkali dimonopoli oleh golongan berumur dan berkemahiran rendah. Sebilangan golongan belia menganggap sektor ini sebagai kerjaya picisan dan kurang glamor kerana sejak kecil lagi mereka dituntut untuk bekerja dalam bidang profesional. Selain itu, sebilangan belia juga tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam sektor ekonomi ini kerana menghadapi masalah pemilikan tanah dan kekurangan modal untuk memulakan aktiviti pertanian.

[thumbnail of PB2022148040.pdf] Text
PB2022148040.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (176kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record