Abstract
Kepesatan pembangunan di Malaysia telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dan bidang ekonomi. Menurut Survei Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Februari tahun ini, bilangan penduduk bekerja meningkat kepada 15.27 juta orang berbanding 15.24 juta pada Januari. Angka itu sememangnya merupakan petunjuk optimis kepada prospek ekonomi ketika negara berdepan pandemik COVID-19, namun kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) yang dikeluarkan pada Disember tahun lepas melaporkan sebilangan besar tenaga kerja Malaysia mempunyai masalah kesihatan, merupakan indikasi yang tidak boleh dipandang ringan. Menurut laporan itu, pada 2019, pekerja tanpa gaji/suri rumah mempunyai kadar hipertensi tertinggi (34.7 peratus) berbanding kumpulan pekerjaan lain (pekerja kerajaan/separa kerajaan) pada 29.4 peratus; pekerja swasta pada 18.8 peratus; bekerja sendiri pada kadar 30.7 peratus.
PB2021122825.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.
Click to Download (272kB) | Request a copy
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Subjects: | 600 Technology 600 Technology > 610 Medicine & health |
Campuses: | Shah Alam |
Divisions: | Faculties > Applied Sciences |
Newspaper: | Bernama |
Date: | 9 June 2021 |
Depositing User: | Norakhmalshah Nordin (Kuala Pilah) |