Robo-Advisor berpotensi bantu pelabur runcit di Malaysia.


Abstract

Robo-Advisor berpotensi bantu pelabur runcit di Malaysia “Robo-advisor” ialah platform digital yang menggunakan algoritma untuk mengautomasikan portfolio pelaburan seseorang individu oleh DR NORLIZA CHE YAHYA suratpembaca@dagangnews.com (mailto:suratpembaca@dagangnews.com) PANDEMIK COVID-19 dilihat memberi kesan besar bukan sahaja pada ekonomi negara malah norma kehidupan serta perancangan kewangan masyarakat sekurang-kurangnya dalam jangka pendek. Dapat dilihat, masyarakat kini lebih tangkas dalam mencari dan mempelbagai sumber pendapatan sampingan. Sesetengah individu melihat pelaburan sebagai salah satu sumber yang mampu menyumbang pada pendapatan sampingan mereka dalam jangka pendek dan panjang.
Meskipun begitu, isu yang selalu dibangkitkan oleh individu ini adalah kemampuan mereka memilih pelaburan yang betul. Sesetengah individu atau pelabur runcit di Malaysia mempercayai pelaburan yang melibatkan transaksi kecil atau besar memerlukan ilmu pelaburan serta asas matematik yang luas.

[thumbnail of PB2022139560.pdf] Text
PB2022139560.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Click to Download (144kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record