Politik 'kelip-kelip' boleh rampas Selangor


Abstract

Sesuatu yang menarik mengenai kerancakan Persidangan UMNO setiap bahagian sekarang ini adalah kenyataan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyamakan
kesatuan dan kesepaduan ahlinya ibarat 'kelip-kelip'. Ungkapan itu diluahkan ketika beliau merasmikan UMNO Bahagian Kuala Selangor yang sememangnya terkenal dengan keunikan serangga kecil bernama kelip-kelip.
Menurut Zahid, resipi kejayaan merebut kembali kerajaan negeri Selangor ke pangkuan Barisan Nasional (BN) adalah ahli dan pemimpin UMNO Selangor sendiri yang perlu mengikut sifat bersatu-padu kelip-kelip dalam perjuangan mereka. Meskipun kelip-kelip hanya sejenis serangga kecil yang cahayanya kelihatan dari kejauhan, jika ia dalam jumlah besar, cahayanya akan memancar dan menawan sesiapa sahaja yang memandangnya.

[thumbnail of PB2017078824.pdf] Text
PB2017078824.pdf - Published Version
Restricted to Registered users only, you request a copy.

Click to Download (395kB) | Request a copy
Edit Item Record
Edit Item Record